Malam baru nie telah diadakan ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Senawang. Alhamdulillah, dikhabarkan ribuan yang hadir, banyak kereta di sepanjang jalan macam waktu solat Jumaat. Bagaimana pun saya tak dapat hadir kerana menjaga emak yang tidak berapa sihat. Alhamdulillah saya berkesempatan solat Subuh di Masjid Bandar Baru Senawang keesokan pagi.
Agak menyedihkan, solat Subuh jemaah pagi itu macam biasa, tidak sampai 2 saf pun. Seolah-olah ribuan yang hadir ke ceramah tidak terkesan dengan ceramah yang disampaikan.
Adakah yang hadir dalam ceramah semuanya pendengar atau jemaah yang diimport, bukan penduduk setempat ?
Di mana silapnya masih ramai penduduk setempat yang tidak hadir ke ceramah?
Ceramah hanyalah sebahagian dari pendekatan dakwah. Pelbagai pendekatan perlu dilakukan, seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw.
Ada orang yang dapat hidayah setelah meneliti Al Quran. Ada yang dapat hidayah hanya dengan satu potong ayat Al Quran. Ada pula yang dapat hidayah hanya dengan menziarahi dan merawat wanita tua yang sering mencemuh Nabi saw.
Hanya sekadar renungan dan peringatan untuk kita semua, khususnya untuk diri saya sendiri sekeluarga.
maaf cakap...rata2 yang hadir bukan kerana Allah...tapi hanya nak mendengar lawak jenaka dari mendengar isi ceramah...
ReplyDeleteSalam, saya dan kawan2 berenam datang dari johor untuk bersama keceramah UAI mlm itu. Dari pemerhatian saya, lokasi masjid tu amat sesuai sekali, sekelilingnya terdapat kedai2, perumahan,balai polis, rumah flet. Sesuatu perlu dilakukan untuk menarik jemaah sekeliling supaya bersolat di masjid berkenaan. Mungkin suadara boleh berpakat buat aktiviti di dalam kawasan masjid ctnnya badminton, futsalnya dsb. bila azan dilaungkan, berhenti dan bersolat. selepas tu bolehlah sambung aktiviti2 tadi......
ReplyDeletep/s:pendekkata, "masjid" kena mesra kaum muda....program UAI itu cuma pencetus, selanjut terserah pada saudara dan rakan jemaah saudara.....servis telah bertukar tangan!!!
Sangka baik pd diri sendiri, jgn rasa ujub. Tempat ceramah 1 lokasi, surau, masjid merata-rata ada.
ReplyDelete