Ni Dia Parasit Hassan Ali Maksudkan Dalam Pas.......


Riuh sekarang ni apabila Hasan Ali membiarkan dirinya dipergunakan oleh media perdana yang dikuasai Umno. Media perdana tersebut memang diketahui semua merupakan musuh tradisi pembangkang sejak dahulu lagi, sejak Umno mula merasakan Malaysia mereka punya, Islam merekalah yang memeliharanya, Melayu merekalah yang membelanya, Raja-raja merekalah juga yang mendaulatkannya.



Hasan Ali ketika disoal samada dia akan masuk Umno dengan tegas mengatakan tidak tetapi dia sendiri tahu yang soalan itu juga keluar daripada lidah orang suruhan Umno. Dia masih sayangkan Pas dan berazam mahu membersihkan Pas daripada apa yang digelarkannya sebagai 'Parasit'.




Maknannya Hasan Ali sejak mula masuk Pas dengan membawa satu matlamat, mahu menyatukan Pas dan Umno sehingga ke jingjang pelamin. Atau lebih tepat lagi mahu Pas dan Umno rujuk semula, perhubungan mereka yang telah retak setelah diperbodohkan Umno suatu ketika dahulu.



Diperbodohkan Umno, itulah yang membuatkan Tuan Guru Nik Aziz meluat dengan Umno, terluka dengan apa yang telah dilakukan Umno kepada Pas. Sebagai seorang mukmin, dia tidak akan sesekali membenarkan dirinya masuk ke dalam lubang perangkap yang sama kali kedua. Barangkali begitulah prinsip Tua Guru Nik Aziz dan kita perlu hormati pegangan itu.



Hasan Ali tak rasa sebagaimana Nik Aziz, rasa, dia masuk Pas baru 15 tahun. Sebelum itu dia champion dalam hal ehwal meransangkan minda orang, dia champion mendidihkan semangat orang dan dia menggunakan segala ayat-ayat power berorientasikan Islam sebagai konsep perniagaan jual ayat powernya. Sekali sembur ayat-ayat power paling busuk kena bayar RM12,000 padanya, begitulah mahalnya motivator tersebut.



Kata orang semakin banyak kita menyebut, semakin ia di bawa mimpi dan semakin lama ia mula melekat dihati dan terasalah semangat ingin memperjuangkan Islam. Setelah sekian lama asyik meniupkan teori-teori power yang mampu menitiskan air mata orang, mampu melopongkan mulut pendengar maka diri sendiri mula tercabar untuk mempraktikkan segala apa yang diperkatakan.



Toleh kiri toleh kanan tak nampak benda lain yang mampu dijadikan kenderaan bagi mempraktiskan segala teorinya selama ini melainkan Parti Islam Se-Malaysia. Apa lagi Hasan Ali terus terjun dan kedatangnya disambut, dijulang ditatang Mat Teori dah masuk Pas mari kita letakkan dia pada tempat yang tinggi, mari kita tengok bagaimana dia sesuaikan praktikal bersama teori.



Ternyata Hasan Ali tidak dapat menerima ada orang lain yang lebih teror dari dia. Hasan Ali tak dapat terima ada orang lain yang memerah otak berpuluh tahun cuba mencari pendekatan yang paling tersusun tanpa korbankan matlamat asal perjuangan melalui pendekatan politik, bukan pendekatan perang, bukan pendekatan angkat senjata.



Hasan Ali tak dapat melihat bahawa semua keputusan parti dibuat melalui musyawarah. Keputusan terbaik dibuat dengan berhujah. Hujah terbaik dan paling meyakinkan akan diguna pakai. Keputusan parti bukan keputusan individu, buka kerana kamu motivator, orang yang paling serba tahu maka kata-kata kamu mesti diambil pakai, hujah dahulu, bahas dahulu, kita lihat siapa yang paling meyakinkan. Jika ditolak jangan pula serang dari belakang. Nak serang boleh, tapi jangan sampai orang tahu, jangan riuh keliling kampung, nanti musuh nak tumpang sekaki.



Apabila majoriti tidak dapat menerima ayat-ayat power motivator, maka kecewalah Mat Ayat Power, mana boleh aku ditolak, mana boleh aku salah, sedangkan aku ada PhD, aku doktor falsafah, sekali imbas aku dapat teka siapa kotor siapa bersih, sekali scan aku dapat jatuhkan hukuman siapa ikhlas siapa khianat.



Semua itu membawa Hasan Ali kepada satu rumusan bahawa adanya Parasit yang telah merosakkan Pas. Semua orang Pas telah terpedaya dengan para Parasit tersebut termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi, Tuan Ibrahim Tuan Man, semua para ulama dalam dewan ulama Pas, semua ulama muda pelapis Pas, semua ustaz-ustaz tenaga pengajar serta penceramah Pas, semua lulusan Azhar yang berjuang dengan Pas dan semua pak lebai peminat Pas, ringkasnya semua ahli Pas seluruh Malaysia kecuali Hasan Ali dan beberapa kerat insan Mulia kebal yang dipowerkan oleh Hasan Ali.



Sebenarnya semua orang tahu yang dimaksudkan sebagai Parasit dalam Pas oleh Hasan Ali 90% adalah Khaled Samad, mungkin ada yang lain tetapi tidaklah sebesar parasit si Khaled Samad. Khaled Samad menjadi parasit kerana tak mahu dengar cakap si Motivator. Khaled Samad serang motivator, mana ada orang boleh serang motivator melainkan jika dia itu parasit.



Oleh kerana Hasan Ali seorang Doktor Falsafah terlatih, pemegang PhD dan penuh disiplin untuk meneka dengan sistematik serta saintifik, maka sekali imbas Hasan Ali dapat menghukum siapa parasit, siapa induk, siapa jahat, siapa baik, lalu dengan penuh yakin akan didedahkannya dalam roadshow seluruh negara bagi melatih rakyat bagaimana mengenal pasti parasit. Hasan Ali sedang menjadi Parasit dengan induknya adalah Umno. Mari lihat apa definasi Dewan Bahasa terhadap perkataan Parasit ini:


  1. Tumbuhan atau haiwan yg hidup pd tumbuhan atau haiwan lain dan mendapat makanan serta perlindungan daripadanya, di samping memudaratkan haiwan atau tumbuhan yg ditumpanginya
  2. Orang yg tidak berguna yg menumpang hidup pd orang lain; berparasit disebabkan atau dijangkiti parasit

Mungkin maksud kedua amat sesuai diaplikasikan dalam kes Hasan Ali sebagai seorang parasit dalam Umno sekarang ini.
wartasubhi

No comments:

Post a Comment

boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.