Allahyarham yang berkhidmat sebagai mufti kerajaan negeri sejak 1990 hingga
2007, meninggalkan seorang isteri, Datin Wan Fatimah Wan Ahmad, dan tujuh anak iaitu empat lelaki dan tiga perempuan.
Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebelum
memegang jawatan itu, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru agama di Sabah sebelum bertugas sebagai Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di kampung kelahirannya di tanah
perkuburan Islam Kampung Paya Lada, Kadok, dekat sini.
Menurut Mohamad Shukri, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V turut menziarah
jenazah Allahyarham dan menunaikan solat jenazah.
No comments:
Post a Comment
boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.