Himpunan Hijau 2.0 - Bergambar

Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Kuantan. Lokasi awal yang dirancang adalah di kawasan Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak di tengah bandar Kuantan, namun MPK telah memagar kawasan berkenaan kerana hendak dinaiktaraf katanya tapi kenapa tiba-tiba je?

Persetujuan dengan pihak berkuasa kemudiaan dicapai untuk memindahkan himpunan itu ke Padang MPK 4 yang dinamakan Padang Kemunting, terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Siapakah dalang disebalik semua ini, pembangkang atau kerajaan? ini bukan masalah kerajaan atau pembangkang ini masalah rakyat masalah semua, masalah sejagat. Tak kiralah dari parti mana kerajaan atau pembangkang. Jadi! siapakah yang mampu menghentikan projek Lynas ni? kerajaan? rasanya buat masa ni tak, jadi siapa ambik kesempatan, pembangkang?

Kalaulah pihak kerajaan bersungguh dalam menghentikan Lynas ni, pasti rakyat menyokong kerajaan. Dan tiada sebab nak sokong pembangkang betul tak? sebagai rakyat “tepuk dada tanya selera”.



No comments:

Post a Comment

boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.