Ni Dia Muka Ahli Parlimen Buat Tuntutan Klaim Palsu, Mentekedarah Duit Haram

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam,  Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Awat tak cukup lagi ke gaji dan elaun yang dok dapat tiap-tiap bulan tu YB oii?? sedar-sedar la diri tu sama. dok ikut nafsu sampai bila tak akan sudah. Nak kaut harta sampai banyak mana lagi? Nak simpan harta sampai bertimbun gunung ke? Rakyat pilih pemimpin adalah untuk jaga hak rakyat, bukan dok pakat-pakat songlap. Harapkan pagar, pagar makan padi.

No comments:

Post a Comment

boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.