Blogger Pakatan Rakyat Tak Matang



Isu kemelut yang melanda pimpinan kerajaan Negeri kedah kini telah digunakan dan dimainkan sepenuhnya oleh media arus perdana terutama dalam menghebahkan maklumat-maklumat yang tidak sepatutnya bagi tujuan memecahbelahkan masyarakat. Dengan pendek kata media ini sebagai BATU API dan pengadu domba. 

Pagi ini aku ada menghubungi sesorang yang boleh dikatakan amat rapat dengan EXCO yang dikatakan tidak mahu dilantik semula tu dan bertanyakan ’apa masalah mereka-mereka ini yang tidak mahu dilantik semula ni?’ Awat besar sangat ke masalah yang dihadapi sampai tak nak sambung tugas yang nak diberi tu?

”Sebenarnya krisis ’rumahtangga’ yang dihadapi oleh pimpinan Kedah ni tak lah sebesar mana seperti yang di lapor oleh media. Kebanyakan media-media yang ada dipersada sekarang ni adalah boleh dikatakan pro Parti lawan, jadi kita kenalah berhati-hati” itulah jawapan yang diberikan oleh orang yang aku hubungi pagi tadi.

Dalam media maya pun banyak jugak yang memberi ulasan bermacam-macam terutama bloger Pakatan Rakyat. Kalau nak buat ranking blog naik pun janganlah sampai mengeluarkan ulasan dan pendapat ntah apa-apa. Seeloknya lagi molek kita bertanyakan pada tuan yang empunya tubuh baru kita tahu jawapan. Benda tak betul, bila diperheboh dan diperbesarkan dah tentu ia akan melalut. Biarkan saja media/bloger musuh memainkan isu seumpama ini..tapi seboleh-bolehnya kita di pihak lawan hanya perlu menangkis dan terus menangkis, bukannya sama-sama menghentam pimpinan yang sedia ada. Wahai bloger-bloger sekalian cuba lah jadi golongan yang matang.

Gendang perang akan di palu tak lama lagi dah. Bersedia!!!

No comments:

Post a Comment

boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.