Mamak Zamri Ni Berani Ke? Najib Sendiri Pun Kecut Teloq

“Saya menyahut seruan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan Dr Zambry.”

Demikian tegas Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung dengan seruan Dewan Pemuda PAS Perak yang mahukan beliau duduk di satu pentas untuk berdebat Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurutnya, itu adalah saranan yang baik untuk mengemukakan inspirasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kepada umum khususnya rakyat Perak.
“Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13,” kata Nizar ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, ini bukan kali pertama kesediannya untuk berdebat malah sudah menyatakan kesudiaannya untuk berdebat dengan Dr Zambry kira-kira dua tahun lalu.


"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV,” ujarnya.


Tambahnya, selepas ‘rampasan kuasa’ oleh BN 7 Februari 2009, pelbagai kemusykilan yang belum dapat dirungkai serta rakyat masih mahukan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.

“Saya berharap Dr Zambry dapat menyahut pelawaan debat demi negeri Perak tercinta ini,” tegas beliau. Semalam, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh menyatakan hasrat untuk merealisasikan perdebatan antara kedua-dua pemimpin tersebut.
Cadangan ini timbul selepas kejayaan menemukan dua pemimpin utama cina iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pulau Pinang baru-baru ini.
 
 

No comments:

Post a Comment

boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.