Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan kondominium berkenaan dibeli atas nama suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Nur Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Dua kondominum berharga RM34 juta di Marina Bay Suites itu dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).
“Anggaran berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Datuk Seri Shahrizat perlu membayar RM173,000 bagi dua pembiayaan pinjaman.
“Beliau perlu menjelaskan bagaimana keluarganya mampu menanggung bayaran bulanan yang besar,” kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa ketika ditemui di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor di Shah Alam pagi ini.
Laporan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dibuat DK Vicky, Setiausaha Biro Jejak Prihatin, satu sayap dalam Jingga 13.
Menurut Fariz, pemilikan itu disahkan Singapore Land Authority melalui satu pengeluaran surat hakmilik dan kedua-dua pembelian dibuat pada 27 Mei 2010.
“Kemudahan pembiayaan membeli dua kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan sebagai timbal balik kerana NFC dan syarikat berkaitan mempunyai deposit besar dalam bank berkenaan.
“Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang mencapai sasaran.
Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak agar siasatan terperinci dan profesional dilakukan oleh SPRM.
“Sebelum ini Shahrizat sering mengelak dirinya dari dikaitkan dengan NFC. Alasannya – beliau hanya isteri kepada Pengerusi NFC.
“Penyelewengan dan pecah amanah RM250 juta adalah besar dan ia adalah wang rakyat. Kredibiliti SPRM sedang diperhatikan rakyat Malaysia,” tegas Fariz
kasi pecahla
No comments:
Post a Comment
boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.