MP Pasir Salak Guna 'Billboard' Serang Anwar
PETALING JAYA - PKR kesal dengan tindakan Pengerusi Felcra dan juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasang papan tanda (billboard) mengaibkan Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Penyelaras Parlimen PKR Pasir Salak, Abdul Razak Ismail, papan tanda itu dipasang di tapak perumahan Generasi Kedua (Gen 2).Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, sempena Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan baru-baru ini.
Katanya, Tajuddin sepatutnya fokus bagaimana untuk menaikkan taraf hidup warga Felcra yang masih di takuk lama walaupun Felcra telah wujud sekian lama.
“PKR menggesa Tajuddin mengkaji tahap kehidupan peserta-pesertanya yang terlibat dengan tanaman padi di Seberang Perak di mana rata-rata mereka berada di bawah paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan kurang dari RM700 sebulan.
Beliau menegaskan “ini diburukkan lagi apabila pihak Felcra membeli hasil padi mereka dengan harga RM1,050 satu tan sedangkan harga pasaran sekitar RM1,300 satu tan.
Rugi RM250 satu tan
“Ini bermakna penanam padi di Felcra Seberang Perak mengalami kerugian sebanyak RM250 satu tan setiap kali musim menuai,” kata Razak kepada FMT.
Ujar beliau, “Tajuddin juga harus menjelaskan isu kenaikan harga rumah Generai Kedua (Gen 2) di Changkat Lada Seberang Perak yang ditawarkan kepada anak-anak peserta tanpa rundingan terlebih dahulu.”
Menurutnya, rumah model A yang berharga RM100,000 sebuah telah dinaikkan kepada RM118,000, model B di naikkan dari RM70,000 kepada RM86,000, model C dinaikkan dari RM50,000 kepada RM64,000 dan model D dinaikkan dari RM40,000 kepada RM52,000.
Razak berkata, Tajuddin juga digesa melaksanakan pemberian hak milik tanah kepada lebih 1,500 pesertanya di Rancangan
Perkampungan Tersusun (RPT) Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada yang telah sekian lama tertangguh.

macam mana dia ni boleh
ReplyDeletejadi ahli umno.
umnokan untuk orang melayu aje.
tengok muka, dan nama tajuddin,
keturunan macam benggali.
sama seperti
ali rustam
jins shamsudin
yusof haslam
d.j. dave
dan ramai lagi.
nampaknya, selain mamak,
benggali pun menimbulkan
masalah dalam umno.
eh... eh... eh...