SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.
KAJANG: Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.
Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.
Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.
Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.
Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi.
Apa lagi PEKIDA,SAMSENG2UMNO...tunjukan ler kehebatan .....konon2 menyelamatkan negara eaaa,ha ini lah masa nya....ada braniii ka....
ReplyDeleteBlh jadi mereka ni pun bakal pengundi BN
ReplyDelete