Wajib Bunuh Basyar Al-Assad!!!
Membunuh Basyar Fardhu 'Ain bagi Setiap Muslim dan Pembunuhnya Dibalas Syurga-Sofwat Hijazi
Setiausaha Agung Ikatan Ahlu Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad dibunuh bahkan katanya, "Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa." Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu berkata, "Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga," katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan Ahlu Sunnah di bawah tajuk (Peranan Ummah dan Ulama' Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin).
Kata beliau lagi, "Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya."
Sofwat Hijazi kemudian menjelaskan bahawa fatwa tersebut bukan dikeluarkan oleh dirinya seorang bahkan ia melibatkan fatwa seratus orang ulama' dari pelbagai pertubuhan Islam termasuk Ikhwan Muslimin, kumpulan Salafi dan lain-lain seraya menguatkan dengan jelas bahawa "membunuh Basyar merupakan fardhu ain ke atas umat Islam hari ini".
Sementara itu seorang lagi ulama' terkenal dari Mesir Dr.Jamal Abdul Sattar yang merupakan Penyelaras bagi Kesatuan Pendakwah Mesir berpendapat bahawa "Jenayah Basyar yang membunuh puluhan ribu rakyatnya tanpa membezakan antara lelaki atau orang tua atau kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam di Palestin. Jelas Abdul Sattar lagi, tidak perlu menghormati orang yang zalim walaupun dia mendakwa dirinya masih Islam.
(Admin) Jika ini fatwa ulama' dunia, bagaimana terdapat pandangan songsang diberikan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan Malaysia yang jelas bertentangan dengan fatwa ulama' di seluruh dunia? Adakah Tan Sri mahu membela kezaliman? Awas Tan Sri! Kelak Tan Sri akan disambar oleh api neraka!
No comments:
Post a Comment
boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.