Rakyat seharusnya sedar akan pelbagai isu yang melibatkan rasuah, pembaziran wang negara dan salah guna kuasa yang merupakan salah satu punca utama mereka perlu menolak pentadbiran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pada PilihanRaya Umum ke 13 ni nanti. Kata AJK PAS Pusat, Dr Mujahit Rawa
Salah satu kejahatan UMNO dalam pemerintahan ialah kontrak Kementerian Pertahanandalam pembelian aset alat pertahanan negara yang menelan belanja berbilion ringgit
“rakyat seharusnya tahu dan menyedari isu pembelian senjata untuk pertahanan negara sebenarnya dibeli dengan harga yang lebih mahal berbanding harga dipasaran”
“sebagai contoh harga pembelian kereta perisai sebenarnya jauh berbeza dengan harga yang dibeli oleh negara lain. Ia tidak termasuk kos servis lepas jualan serta komisyen yang diterima” katanya.
Tambahnya lagi isu pembelian kapal selam Scorpene yang menggunakan teknologi Perancisitu juga menghadapi bermacam-macam masalah teknikal yang akhirnya menyebabkan kerugian besar dalam negara.
Ini lah sebenarnya kelaku pemimpin UMNO. Berebut jawatan sampai bertumbuk, bergaduh, membaling kerusi, fitnah sesama sendiri dan cantas mencantas antara satu sama lain tak lain tak bukan hanyalah untuk menyamun harta negara. Sebab tu pakat dok rasuah hang rasuah aku, sogok hang sogok aku, kaya hang kaya aku. Benda ni dah terpampang berlaku masa dalam pemilihan UMNO. Temolok yang dok sumbat hari-hari tak pernah kenyang. Makin dok sumbat makin lapar dahaga. Kalau macam ni punya kelaku rakyat memang wajib buat undi protes sekali lagi. Tunjukkan kuasa kita yang sebenar. Kuasa sebenar di tangan kita. JOM UBAH SEGERA.
semua pengundi wanita setuju cara BERSIH BELASAH dan pukul POLIS dan undi mereka PASTIKAN kedah selangor dan kelantan jatuh ke BN tak caya?INSYALLAH.
ReplyDelete