Alahai Najib!!!Haram Jadah Kata?Tunggulah Padahnya...


[Apa sudah jadi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ini gamaknya. Sanggup beliau menggelar rakyat (peneroka) yang tidak mahu tandatangan borang perjanjian membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu "Haram Jadah". Apakah ini ciri-ciri pemimpin sebuah negara Islam agaknya. Haram Jadah (zadah) adalah kata makian yang menunjukkan seseorang itu benar-benar marah kepada benda-benda lain, tetapi bukan untuk manusia. Apabila Najib berkata begitu kepada manusia maka sama-samalah kita tunggu zaman kejatuhannya tidak lama lagi. Peneroka tidak mahu tertipu dengan taktik kotor Najib dan Isa Samad merompak khazanah Felda, maka mereka ada hak untuk tidak menyokongnya. Tambahan pula mereka duduk di Felda bukan "percuma". Mereka membayar segala keringat selama ini dan sudah tiba masa mereka pertahankan tanah-tanah mereka dari dirompak secara halus oleh pemimpin yang khianat seperti mereka ini sebenarnya].


 Najib maki ‘haram jadah’ kepada peneroka

SHAH ALAM: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kini dipertikai selepas menuturkan perkataan kurang sopan kepada peneroka yang menyokong pembangkang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima ‘durian runtuh’ selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB.

“Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 kelmarin turut berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil ‘durian runtuh’ RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB.

“Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah,” katanya.

Khalid berkata, walaupun ada peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian itu, keputusan sama ada mahu menerima ‘durian runtuh’ itu tetap terletak di tangan mereka.

Beliau turut mendakwa pemberian ‘durian runtuh’ itu dibuat hanya berdasarkan niat politik apabila Najib menyentuh isu ‘pembubaran parlimen’.

Punca tindakan zalim

Sementara itu, beliau turut membidas mengenai kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bapa kafir’.

Katanya, kenyataan Rahim jelas membuktikan cara Umno-Barisan Nasional (BN) menanamkan pemikiran kebencian terhadap pembangkang dalam kalangan pegawai atasan sehingga dianggap musuh negara.

“Inilah yang menghasilkan tindakan zalim. Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan sehingga mereka ini tak boleh bertindak ikut cara profesional,” katanya.

Katanya, sebagai negara demokrasi pembangkang ada hak dan perlu dihormati serta bersedia menghadapi kekalahan (pembangkang atau BN) melalui pilihan raya.

Namun bukan melalui cara kotor dengan putar belit fakta dan propaganda sehingga menanamkan kebencian di kalangan kakitangan kerajaan.

“Kalau BN tak nak lepas kuasa, cakap terus terang jangan rosakkan kerajaan,

No comments:

Post a Comment

boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.