Terbaru!Kak Rosmah Dapat Anugerah Lagi!!!


 Lagi berita dibawah nie..

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara malam tadi.
Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini.
Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.
Dalam ucapan beliau, Rosmah berkata, golongan belia perlu melihat penglibatan di dalam industri sukan sebagai peluang untuk meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga.
“Kesemua kemajuan dan transformasi di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan akan mewujudkan peluang ekonomi yang besar kepada belia,” katanya.
Turut menerima anugerah pada majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zokples Embong (Anugerah Pengurusan Sukan dan atlet skuasy kebangsaan, Azlan Iskandar (Anugerah Khidmat Masyarakat).
Persatuan Pengurusan Pelanggan dan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM) meraih Anugerah Perkhidmatan Pelanggan manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) muncul penerima Anugerah Promosi Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan

4 comments:

  1. PAS aka Parti Ajaran Sesat nak undi lagi rasa-rasa tak payah lah kot. aku dulu pengikut teger PAS tapi la ni rasanya dah jadi HAMPEHHHHHH.
    TAK TAU LAGI NAK UNDI MANA, ATAU PUN TAK KELUAR PERGI UNDI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "dulu aku pengikut tegar pas" kah kah kah..oii, tukar lah skrip ayat tu..nk muntah kuning aku pg2 nie..tu semua ayat2 pencacai je

      Delete
  2. Sekurang2nya dia ada JASA dlm bidang sukan...hang ada BANYAK DOSA dlm blog ini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa jasa dia bro? Apa jasa penaung2 je? Buat abis duit persatuan je byr elaun ke penaung2 nie..jasa dia yg aku tahu duk perabis duit rakyat je

      Delete

boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.