Aku Dibelasah Teruk Kerana Dituduh Pukul Polis



Seorang anggota Unit Amal PAS, Mohd Fahmi Mohd Noor mendakwa beliau dipukul ketika ditahan pihak polis dan sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka sebelum dibawa menaiki trak polis.

Fahmi mendakwa beliau ditahan kira-kira jam 4.30 petang di persimpangan lampu isyarat di hadapan bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut ketika sedang mengarahkan peserta Bersih 3.0 beredar dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh menaikkan kemarahan pihak polis.


Menurut Fahmi, beliau ketika itu dalam posisi membelakangi polis menyebabkan beliau tidak sedar bahawa polis sudah menghampiri beliau menyebabkan beliau ditangkap walaupun pada waktu itu beliau sedang mengarahkan peserta bertenang serta beredar.


"Saya sedang mengarahkan agar peserta tidak melakukan provokasi saya pula ditangkap.


"Dalam perjalanan ke Dataran Merdeka ketika melalui kaki lima saya telah dipukul oleh pihak polis termasuk ditendang malah terdapat di antara mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah," katanya ketika ditemui Harakahdaily.


Menceritakan insiden itu lebih lanjut, Fahmi berkata, ketika ditahan beliau sempat bertanya kepada polis samada beliau sedang melakukan provokasi ataupun mengawal keadaan.


Namun salah seorang anggota polis itu ada mengatakan memang tiada provokasi dilakukan oleh beliau tetapi beliau harus juga ditangkap.


Beliau kemudian dibawa ke Dataran Merdeka bersama kumpulan lain yang lebih awal ditangkap.


"Jarak perjalanan agak jauh dan saya sendiri tidak pasti berapa kali dipukul, malah ketika sudah hampir di Kelab Di Raja Selangor saya sekali lagi dipukul oleh empat orang polis, disepak dan menyebabkan saya jatuh," ceritanya lagi.


Fahmi memberitahu setelah dipukul, beliau diletakkan bersama-sama dengan tahanan yang lain termasuk dengan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari.


"Ketika saya duduk bersama-sama tahanan yang lain, terdapat seorang anggota polis menjerit dan mengatakan saya telah memukul anggota polis, tindakan tersebut menyebabkan saya sekali lagi ditarik dan dibawa ke belakang trak polis sebelum dibelasah teruk oleh sembilan orang anggota polis.


"Ketika itu saya dipukul dengan teruk termasuk dipijak di perut, ditendang di bahagian dada dan belakang. Saya telah ditumbuk menyebabkan cermin mata saya telah jatuh.


"Dalam keadaan samar akibat kehilangan cermin mata saya cuba mengambil semula cermin mata tersebut tetapi salah seorang anggota polis telah memijak cermin mata saya sehingga pecah, saya dipukul dengan teruk tanpa ada belas kasihan langsung oleh pihak polis," sambung beliau lagi.



Sewaktu dipukul, beliau juga mendakwa ada mendengar Aziz Bari merayu meminta polis berhenti memukul beliau.

Akibat dibelasah beramai-ramai itu, Fahmi mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan belakang.


Tidak lama kemudian, beliau bersama tahanan yang lain dibawa ke Pulapol untuk diambil keterangan.


Ketika memberi keterangan pula, Fahmi mendakwa polis hanya mengambil maklumat peribadi sahaja tanpa bertanya apa yang berlaku terhadapnya sebenarnya.


Beliau yang baru enam bulan menyertai Unit Amal Shah Alam itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari Isnin 30 April sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang juga pada hari yang sama.


"Biarlah apa yang polis lakukan terhadap saya itu diadili oleh Allah dan saya tidak mempunyai apa-apa dendam dengan mereka.


"Cuma yang paling menyentuh perasaan saya ketika saya diarahkan menanggalkan beret yang dipakai oleh saya dan saya sendiri tidak mengetahui apa alasan sebenarnya polis suruh saya tanggalkan beret tersebut," katanya.

4 comments:

  1. Kepada saudara fahmi. Kita tak boleh biarkan anggota polis yg jahat berleluasa. Sy cadangkan kpd saudara minta semua polis yg bertanggungjawab mohon maaf atau saudara buat sembahyang hajat mohon pd Allah agar mereka dapat balasan yg setimpal dgn perbuatan jahat mereka. Kalau mrk itu ikut arahan pun, bkn begitu caranya melayan orang yg ditahan. Itu polis jahat dan manusia yg dah tentunya dilaknat Allah. Buat solat hajat 12 rakaat mohon pd Allah. Jgn berhenti sehinga dr kita rasa tenang.

    ReplyDelete
  2. Kpd saudara yang budiman, saya adalah antara jutaan manusia yang akan mengatakan saudara sengaja cari pasal dan jangan salahkan polis apabila bencana terjadi kepada saudara. Saudara tak ubah seperti ular yang membelit dan apbila dipukul akan cuba mematuk orang. Kumpulan seperti saudaralah yang sering menimbulkan kacau bilau dinegara ini. Saudaralah pendokong parti PAS yang sering mengkafirkan orang islam sendiri. Ingat kah saudara apa fatwa hj hadi sebelum peristiwa memali? Pada hadi, darah sesama islam halal untuk dibunuh. Apakah perjuangan islam saudara dan lain-lain? Perjuangan yang cakap tak serupa bikin. Sekarang sauadara burukkanlah pasukan polis, timbulkan fitnah supaya rakyat membenci polis. Adakah saudara nak menanggung dosa fitnah akibat perbuatan saudara sendiri. Saudara lah orang yang bodoh dan dungu dan tidak memahami kerja polis. Pada saya memang patut saudara kena dera! Mati ke? Isk nampak saudara masih boleh bersuara dan sekrang minta belas kasihan? Orang macam saudara elok sahaja mati pada masa itu supaya ramai yang boleh bertakbir dan mengisytiharkan saudara mati syahid! Kalau saudara mati, saudara bukan mati syahid tapi mati katak. Ingat! Orang PAS takkan membela nasib anak anak saudara kalau saudara mati. Apa jadi dengan keluarga Ibrahim Libya selepas peristiwa memali? Apakah saudara buta sejarah? Apa saudara tak lihat bagaimana islam tertindas di pulau pinang? Apa saudara tak lihat rasuah di kelantan dan selangor? Apa jadi balak di kelantan? Botak habis dikerjakan oleh husam? Apakah Nik aziz maksum? Dia terang2 salah guna kuasa melamtik menantunya. Terang terang wang 70k masuk dalam akaun dia untuk dia ke mekah yanh dibayar oleh kontraktor balak. Saudara sekarang berjuang apa? Buat apa bazirkan masa polis dan duit rakyat nak bayar gaji polis nak kawal demonstrasi jahanam ini. Apakah kawan kawan saudara yang terbalikkan kereta polis dan terang terang mencederakan polis. Semoga Allah beri hidayah pada saudara. Insaflah kerja sia2 saudara. Saudara mungkin marah demngan saya, tapi saudara belajarlah berfikiran terbuka dan jangan sempit macam pemikiran pemimpin2 PAS

    ReplyDelete
  3. Aku harap semua polis yang bertindak zalim memukul dan memhina peserta Bersih 3.0 tanpa sebab yang munasabah dibalas Allah dengan keadaan tubuh badan mereka lemah tak bermaya. Semoga mereka menjadi insan-insan yang mengharapkan belas ehsan dari masyarakat yang mereka zalimi.

    Polis yang tak terlibat dalam insiden seperti ini dan ada yang membantu dan menyelamatkan peserta Bersih 3.0, aku doakan semoga kau menjadi orang budiman dan dibahagiakan Allah di dunia dan di akhirat. Lagi selamat, berhentilah jadi polis tu.

    ReplyDelete
  4. Satu saja ucapan aku untuk polis2 berkenaan.

    KAU ORANG MEMANG SIAL......
    LEBIH SIAL DPD ANJING KURAP...

    ReplyDelete

boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.