Selepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disiasat kerana dikatakan menghina Sultan Johor berhubung bidaan plat kenderaan WWW1 bernilai RM520,000, mungkinkah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan muncul sebagai seorang lagi yang bakal disiasat atau didakwa kerana menghina Raja Melayu?
Ini kerana, dalam Twitternya beberapa jam tadi, beliau mencatatkan:
“Jika golongn raja itu tdk boleh dpertikaikn tindakn d prangai mrk, brerti rakyat mmprtuhankn mrk n mnghambakn diri. (Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri)”.
Walaupun dalam catatan berikutnya pada Twitter berkenaan beliau menegaskan, “Twit sy ttg hbungn raja-rakyat itu umum. Trpakai utk smua keadaan, x utk kes trtentu shj. Jiwa mrdeka+pntadbiran adil asas utk smua! (Twit saya tentang hubungan raja-rakyat itu umum. Terpakai untuk semua keadaan, tidak untuk kes tertentu sahaja. Jiwa merdeka dan pentadbiran adil asas untuk semua!)”, banyak blog dikesan mengaitkan catatan itu dengan isu bidaan plat WWW1 RM520,000 oleh Sultan Johor.
Memang dalam catatan Twitternya Dr Mohd Asri tidak menyebut langsung atau mengaitkannya dengan isu bidaan plat kenderaan WWW1 bernilai RM520,000 oleh Sultan Johor, namun berikutan isu Twitter Mohammad Nizar berhubung plat WWW1 itu, banyak pihak dijangka mengaitkan catatan Twitter terbaru Dr Mohd Asri dengan isu sama.
Setakat ini, bekas Menteri Besar Perak itu dilaporkan akan disiasat mengikut Akta Hasutan berhubung komennya di Twitter mengenai bidaan plat WWW1 oleh Sultan Johor.
Dan, kemungkinan Dr Asri menghadapi nasib sama ada asasnya, terutama jika timbul desakan dan laporan polis dibuat. Perkembangan semasa di negara ini menunjukkan sesiapa juga akan segera disiasat jika ada desakan dan laporan polis oleh Umno atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro kepada parti itu.
“Apa yang dilakukan oleh DS Nizar itu adalah di dalam kerangka ‘pesan-memesan’ yang diperintah Allah swt kepada kita semua”.
Terdapat Blog yang menyelar Umno yang menurutnya “mahu tunjuk lagak pertahankan sultan / raja walhal merekalah sebenarnya pengkhianat dan penderhaka institusi sultan dan raja selama ini”

Sultan pun mnusia, brmakna blh dtegur, Allah swt juga prnah mnegur nabi dlm surah Abasa. Wallahuaalam
ReplyDeleteampu dan fitnah utk pilihanraya.kerja utama pencacai umeno.bukan nak cari jalan penyelesaian masalah ekonomi dan siasah diri terutamanya kaum melayu.
ReplyDeleteUlama yg sujud di kaki mereka jer yang bagus.
ReplyDeleteapa nak jadi dgn msia ni bertambah hancor pentadbiran undang2nya di bwh najib....bertambah merapu. sampai ulasan yg begitu umum nizar pun nak di siasat begitu sekali?
ReplyDeleteyg pdrm ni pun satu...nak bodek pun berpada2lah...pada hal takder kes pun.