Ini Jawapan Kenapa Najib Suka Rosmah



Kebanyakan daripada kita tentu sangkakan lelaki lebih idamkan wanita daripada kalangan mereka yang slim berbentuk biola sepertimana yang sering dipaparkan dalam majalah-majalah kecantikan. Tetapi kajian membuktikan sebaliknya. Tidak semua lelaki begitu.

Tentu ramai juga yang tertanya-tanya kenapa Datuk Seri Najib tidak menggalakkan isterinya Rosmah menyertai program cantikkan badan di pusat-pusat kecantikan seperti Marie France dan lain-lain. Dengan status mereka sebagai pemimpin tertinggi negara dan juga tahap kewangan yang cukup baik, menyertai pusat kecantikan seperti itu sudah tentu bukanlah satu masalah besar.



Tapi pelik kenapa Najib dan terutamanya Rosmah mengekalkan bentuk badan sedemikian rupa yang kadangkala dijadikan ejekan musuh politik mereka.

Rupa-rupanya ada segolongan lelaki yang menyukai dan lebih tertarik pada kaum wanita yang montel dengan bentuk badan yang sihat wal affiat. Golongan lelaki seperti itu adalah mereka yang sering mengalami tahap stress yang tinggi!. Kajian terbaru mendapati lelaki yang sering tertekan lebih memilih pasangan wanita yang gemuk. Kajian tersebut boleh dibaca di sini.

Kajian ini juga merupakan satu berita baik untuk para wanita yang montel yang belum mendirikan rumahtangga. Mungkin selama ini mereka ada rasa tertekan kerana risaukan lelaki tidak berkenan pada mereka.

Para wanita yang gemuk selapas ini tidak perlu takut tak ada jodoh. Mereka cuma perlu tahu bagaimana dan sipa lelaki yang patut menjadi sasaran goratan mereka. Pilih saja lelaki yang kelihatan stress dan tertekan hidupnya.

Ramai lelaki yang tertekan di negara kita. Ada banyak jenis pekerjaan yang membuatkan kaum lelaki tertekan. Antaranya adalah para pengamal politik, businessman dan juga pegawai tinggi di arena korporat ataupun pegawai tinggi kerajan. Pilihlah dan mengoratlah lelaki jenis seperti itu. Tentu mereka akan jatuh hati pada anda.

Kajian ini juga memberikan maklumat pada kita jika terserempak dengan lelaki yang isterinya gemuk. Ini bermakna lelaki tersebut hidupnya tertekan. Samada tertekan dengan kariernya ataupun tertekan dengan keadaan isterinya yang tidak punyai bentuk badan yang menarik. Tekanan tentu bertambah seandainya isteri itu sudahlah tidak cantik fizikalnya, malah perangai juga tidak menawan hati.

Kaum wanita pula perlu berhati-hati pada suami mereka yang sentiasa berjiwa happy-go-lucky. Mereka yang seperti itu biasanya punyai citarasa tinggi pada wanita yang slim macam peragawati. Jika anda lihat suami nampak gembira sahaja tanpa ada rasa tertekan, cuba selidik aktivitinya. Untuk pastikan lelaki sukakan diri anda yang gemuk, pastikan anda berikan tekanan yang tinggi padanya senantiasa.

wartasubhi

1 comment:

boleh saja komen disini tapi jangan berlebih-lebih memaki.jika memaki juga kami tidak bertanggungjawab.