Oleh : Malaysia Tribune Melayu
Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.
Semua ketua Wanita negeri – Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah – mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.
Mereka menegaskan Shahrizat – yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu – telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.
Mereka – yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat – juga “terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar” mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
“Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).
“Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat… Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti),” tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.
Akhbar The Star semalam melaporkan Kamilia (kiri) menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.
Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi “susah nak kerja” berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.
Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.
Sementara itu, empat ketua Wanita negeri – Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah – menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
“Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti… Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN,” tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.
Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.
“Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang… Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia,” katanya.
“Kita memberi sokongan kepada beliau Sshahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti,” kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.
Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai “suara sumbang” yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu. -malaysiakini
- Dalam dunia ni macam-macam ragam. berebut pangkatlah macam-macam, bila boleh pangkat tentu ada kuasa, bila ada kuasa boleh pakat curi duit. Haiii.....entahlah. Apa pun UMNOBN wajib ditumbangkan..mesti hancur
No comments:
Post a Comment