Brazil
– Perbualan telefon antara dua perogol kanak-kanak mengenai seorang
budak perempuan akhirnya membongkarkan kejahatan seorang Datuk Bandar
Coari, Adail Pinheiro.
Dia rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia dengan menjadikan budak perempuan di bandar itu sebagai pemuas nafsu.
Bagi
tujuan itu, Adail telah menyalahguna wang kerajaan untuk membiayai
aktiviti merogol dan penganiayaan kanak-kanak ini yang kebanyakannya
berusia antara sembilan hingga 15 tahun dan jumlah kanak-kanak yang
menjadi mangsa dianggarkan beratus orang.
Dia
juga sanggup membayar kanak-kanak itu sehingga lebih RM3,000 dan
perbuatan terkutuk itu dilakukan di atas kapal atau dalam pesawat.
Syaitan
ini tidak melakukan perbuatan itu sendirian sebaliknya dia mempunyai
`pekerja' sendiri yang terdiri daripada mereka yang memegang jawatan
penting dalam kerajaan, sekolah, badan kehakiman dan polis dan tentera.
Malah
pekerjanya itu akan menunggu di luar pintu sekolah untuk merakamkan
gambar kanak-kanak perempuan yang menarik dan gambar itu akan
ditunjukkan kepada Adail.
Jika
ada kanak-kanak yang disukainya, dia akan menjanjikan hadiah seperti
komputer dan telefon bimbit kepada kanak-kanak itu manakala ibu bapa
mereka pula dipaksa berdiam diri.
Susulan
pendedahan perbuatan telefon itu, Adail dan lima pengikutnya ditangkap
Januari lalu namun disebabkan rasuah, dia dikatakan bakal dibebaskan
tidak lama lagi.
Malah
selepas 11 bulan ditangkap, keadaan di Coari tidak berubah malah
penduduknya berada dalam ketakutan dan menerima ancaman jika berani
membuka mulut mengenai aktiviti jenayah itu.
Sepanjang
di penjara, Adail juga dikatakan masih menjalankan aktiviti jenayah
dengan mengarahkan jenayah dilakukan menerusi telefon.
Meskipun 70 siasatan dimulakan ke atas Adail namun ia berjaya ditutup oleh pegawai yang terlibat rasuah.
No comments:
Post a Comment