Nasaruddin Mat Isa Dedah Siapa Parasit Dalam Pas!

Hasan Ali mahu buat "review satu Malaya"(bak kata arwah Ahmad Nisfu dalam filem "Ibu Mertuaku" mendedahkan siapa parasit dalam PAS.

Rupanya, Ustaz Nasaruddin Mat Isa telah memintas usaha beliau dan mendedahkan kepada kita siapa sebenarnya parasit dalam PAS.

Ustaz Nasaruddin dilaporkan berkata:
"Tetapi jika kamu ikuti, ia masih perlu lebih usaha kerana orang ramai masih tidak faham dengan baik berhubung kerisauan kumpulan kecil dalam organisasi saya tentang keperluan mengadakan perbincangan"(Klik Sini)

Disebut oleh Nasa "kumpulan kecil dalam organisasi saya.

Perkataan2 ini mendedahkan kepada kita siapakah sebenarnya parasit dalam PAS. Yakni mereka yang begitu beriye-iye dan bersemangat mahu 'mengurangkan jurang" antara PAS dengan UMNO.

Sedangkan jurang macamana yang mahu dirapatkan antara kedua-dua parti ini?

Selama ini, sewaktu PAS kalah dan merempat, mengapa UMNO tidak sebuk sebuk mahu merapatkan jurang?

Mengapa Nasa dan kumpulan parasit beliau berlagak seperti perigi cari timba?

Jelaslah, kumpulan parasit (baca: geng perpaduang)ini wajib dibersihkan dalam PAS dengan kadar segera.

1 comment:

Anonymous said...

Parasit tu macam mana rupanya?, boleh ke pakai racun serangga atau racun rumput-rampai(paraquat) untuk nyahkan parasit tu?

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...