Siapa Biaya Anak Rosmah Di Hollywood?

Penerbit filem The Wolf Of Wall Street, dari kiri Joey McFarland bersama Riza Aziz, Irwin Winkler dan Joe Low dalam satu majlis pelancaran filem ini di Ziegfeld Theatre. Gambar Zimbio.com. 


HALAMAN HIBURAN
Anak tiri perdana menteri, Riza Aziz mencipta nama dalam industri filem Holywood apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.

Bagaimanapun, Riza enggan mengulas apabila timbul spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mstar Online melaporkan, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja USD100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah ‘portal pro-pembangkang’ yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM100 juta di New York. Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Filem itu turut membariskan bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey. Sebelum ini, Rewcastle Brown, kakak ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown mengasaskan Sarawak Report, sebuah laman berita dalam talian, secara terbuka mengkritik kerajaan negeri Barisan Nasional di Sarawak.

Laman web ini baru-baru ini melaporkan bahawa Riza yang berusia 36 tahun membeli sebuah megapuri bernilai USD33,500,000 (RM110 juta) di New York pada 2012. Dia dilaporkan membeli hartanah tujuh bilik itu di 63 Street di Taman Laurel, New York pada November 2012.

Berita itu mencetuskan kritikan yang baharu terhadap PM yang berulang kali menyeru rakyat Malaysia untuk berbelanja dengan bijak dan berhemah berikutan meningkatnya harga bagi beberapa barangan sejak tahun lalu.
Riza bekerjasama dengan pengeluar Hollywood terkenal Joey McFarland untuk menubuhkan Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem termasuk The Wolf in The Wall Street, Friends With Kids dan siri daripada Dumb and Dumber, Dumber and Dumber To.

Riza dipetik oleh Hollywood Reporter sebagai berkata: "Saya mempunyai wang yang dilaburkan dalam syarikat. Ia menunjukkan bahawa saya bersungguh terhadapnya dan komited daripada sudut kewangan. Kami juga mempunyai kumpulan pelabur, terutamanya dari Timur Tengah dan Asia."

Dalam temubual dengan akhbar harian  Los Angeles Times, McFarland berkata, strategi syarikat adalah untuk membeli filem yang mempunyai masa depan yang baik daripada penerbit bermasalah. – 14 Januari, 2014. (TMI)

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...