Ada Lagi Hati Nak Menipu Rakyat - Ni Dia Kaki Kencing!!!

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof


16 Februari 2012

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan membezakan warna dakwat kekal bagi undian awal dan undian biasa untuk membantu kelancaran proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya juga tidak boleh mendedahkan warna yang membezakan kategori undian tersebut.

“Kami merancang menggunakan warna berbeza pada hari mengundi dan untuk pengundi awal.

“Pihak kami juga akan mendedahkan warna hanya pada hari mengundi atas sebab-sebab keselamatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Penggunaan dakwat kekal hari pengundian telah diwartakan pada 15 Februari lalu.

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal akan disusun untuk digunakan 12.4 juta pengundi pada pilihan raya umum akan datang. Manakala 10,000 botol dakwat kekal pula untuk pengundi awal termasuk pegawai tentera, polis, Kakitangan Pasukan Gerakan Am serta keluarga mereka.

Dakwat kekal sepatutnya digunakan dalam 2008 pilihan raya, tetapi selepas polis menemui rancangan untuk mensabotaj proses pilihan raya di Perlis, Kedah dan Kelantan, idea itu telah dimansuhkan.

Macam-macam alasan diberi supaya penggunaan dakwat kekal tidak di gunakan. Semua dah tahu sebelum Pilihanraya tahun 2008 pembelian dakwat telah dibuat oleh kerajaan namun ianya tidak digunakan disebabkan halangan oleh menteri botak iaitu Nazri Aziz. Berjuta ringgit wang rakyat hangus akibat halangan oleh menteri berkenaan. Sepatutnya Menteri botak berkenaan patut dikenakan tindakan dengan membayar balik wang rakyat yang telah hangus tersebut atau setidak-tidaknya gaji beliau patut dipotong sejajar dengan pekeliling kerajaan yang memperuntukan pemotongan gaji kepada kakitangan awam didapati cuai atau melasanakan tugas dengan merugikan kerajaan.

Alasan kedua yang diberikan ni pun rasa macam terbatal juga di saat-saat akhir ni, Pakatan Rakyat harus berwaspada - Siasahkini

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...