Bergambar - Anwar Ibrahim Di Serang

GAMBAR KEROSAKAN KERETA ANWAR YANG DI "SERANG" OLEH SAMSENG UMNO SEMBRONG,JOHOR.
Nampaknya UMNO semakin gelisah apabila Pakatan Rakyat semakin mendapat perhatian dari hati rakyat jelata...

UMNO tidak tahu bagaimana caranya untuk menghentikan "kesedaran" dari rakyat yang banyak mendapat maklumat daripada media baru dan juga siri-siri ceramah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat..


Sehinggakan kini,ceramah-ceramah Pakatan Rakyat di Johor mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Johor..
kalau dulu ceramah Pakatan Rakyat di Johor tidak mendapat sambutan yang menggalakkan seperti sekarang ini...


Mungkin kerana itulah UMNO Sembrong, di Johor semalam bertindak "menyerang" kereta Anwar Ibrahim dengan :
  • Menendang kereta DSAI sehingga kemek..
  • Membaling batu sehingga menyebabkan cermin hadapan kereta beliau pecah.
  • Membaling telur ke kereta.
  • Melempar mercun.
  • Membaling botol dan kayu.
Samseng-samseng Umno tersebut siap membawa bendera UMNO dan BN sambil menjerit-jerit menggunakan bahasa kesat..

Dan semua itu dilakukan dihadapan anggota Polis yang berada berhampiran  tanpa mengambil sebarang tindakan menghentikan perbuatan samseng-samseng UMNO tersebut..

Lihat gambar yang sempat aku ambik tadi ...














Inilah bukti UMNO semakin terdesak sehingga sanggup menyerang kereta seorang pemimpin politik...sesuatu yang tidak pernah berlaku didalam politik tanahair kita...

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...