Banyak Sungguh Penyelewengan Berlaku di Bawah Pentadbiran KAGAT Ni. Sepatutnya Letak Jawatan Je!!

Sebelum ni RM700,000 dah lesap. Kini RM800,000 akan lesap lagi. Yang dah lesap taktau banyak mana dah.
Pendedahan penyalahgunaan wang zakat yang dikait dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menimbulkan tanda tanya berikutan perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilapor dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pengarah Pasukan Khas Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, perbelanjaan pengurusan yayasan itu juga tidak munasabah kerana mencecah RM2 juta.

Mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, beliau berkata, pendapatan Yayasan Taqwa ialah RM7.78 juta manakala perbelanjaan RM6.98 juta tetapi RM800,000 tidak dilapor dalam laporan.

Memetik HarakahDaily, katanya, belanja pengurusan itu sangat tinggi, tambahan pula yayasan itu hanya mempunyai seorang pengurus besar dan 17 kakitangan sahaja.

“Mengikut peratusan penyaluran zakat Yayasan Taqwa kepada asnaf, didapati agihannya ialah RM4.98 juta atau 64 peratus manakala kos pengurusan RM2 juta atau 36 peratus.

“Kenapa peratusan penyaluran agihan hanya 64 peratus sedangkan ramai tidak mendapat bantuan,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini, hari ini.

Kamaruzaman – Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata, laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa juga tidak disertakan dalam laporan tahunan MAIWP.

Beliau berkata, yayasan itu ialah agensi bawah MAIWP yang ditubuh pada 1990 dan dipengerusikan Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.

“Kami mendesak Jamil Khir jawab. Ke manakah wang RM800,000 yang tidak dilapor dalam laporan tahunan 2010 itu dibelanjakan?” katanya.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga, katanya, mendesak Jamil Khir menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa mencecah RM2 juta.

“Semua ini dijelaskan segera dan terperinci. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci,” katanya.

Beliau turut mendesak pihak terbabit melantik satu badan bebas untuk mengaudit kewangan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.

Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik di Kedah.

Beliau juga dipalit skandal penggunaan wang zakat kira-kira RM65,000 sebagai kos guaman untuk menghalang permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Azlan Bukhari.

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...