SINGAPURA - Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes. Kebanyakan mereka tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya.
1. Robert Kuok 
-mengekalkan  gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih  AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun  sebelumnya. Kuok, 88, memegang  kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan  ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas,  minyak sawit, perkapalan dan hartanah.
2. Ananda Krishnan, 
-73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion. Beliau  membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur  Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat  beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit  terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk  berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.
3. Lee Kim Hua, 
-aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion. Keluarga  di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media  dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat. Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.
4. Lee Shin Cheng, 
-membina  IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di  dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas. 
Malaysia  kini mempunyai 11 bilionair, naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah  adik-beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian, yang menguasai syarikat sawit  dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai bersih mereka meningkat. Harta mereka melonjak 22 peratus setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih tinggi. Tiga  pendatang baru dalam senarai iaitu Ninian Mogan Lourdenadin, doktor  yang beralih menjadi hartawan runcit, disenaraikan pada No. 22 dengan  nilai AS$500 juta. Beliau merupakan Ketua  Pegawai Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar  perniagaan harta, runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia  hingga ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.
Seorang  lagi pendatang baru ke dalam senarai ialah Gooi Seong Lim yang  mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan. Beliau  berada di kedudukan No.34 dengan nilai AS$220 juta. Ng Joo Siang, juga memasuki senarai untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai AS$185 juta. Beliau yang berusia 52 tahun mengambil alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada bapanya. Tambahan  kepada tiga penyertaan baru, dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi,  Pengerusi Eksekutif syarikat insurans auto Kumia Asia dengan nilai  bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi Malayan United  Industries, dengan nilai bersih AS$155 juta. 
Secara  keseluruhan, 21 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan  kekayaan mereka manakala 12 mengalami kejatuhan dan dua kekal sama. Tahun  ini, nilai bersih minimum sebanyak AS$155 juta diperlukan untuk layak  dalam senarai, meningkat daripada AS$125 juta tahun lepas. Berbeza  dengan kedudukan bilionair, senarai Malaysia termasuk harta yang  dikongsi di kalangan keluarga yang besar. Senarai telah disusun  menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada  keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan Suruhanjaya  Syarikat Malaysia. Nilai bersih berdasarkan harga saham dan tukaran asing sehingga pada 14 Februari 2012. - Bernama@SH
1.Robert Kuok 12,400 ($mil)
2.Ananda Krishnan 9,900
3.Lee Kim Hua & family 6,500
4.Lee Shin Cheng 5,200
5.Teh Hong Piow 5,000
6.Quek Leng Chan 4,200
7.Syed Mokhtar AlBukhary 3,300
8.Yeoh Tiong Lay 2,600
9.Tiong Hiew King 1,500
10.Vincent Tan 1,200
1.Robert Kuok 12,400 ($mil)
2.Ananda Krishnan 9,900
3.Lee Kim Hua & family 6,500
4.Lee Shin Cheng 5,200
5.Teh Hong Piow 5,000
6.Quek Leng Chan 4,200
7.Syed Mokhtar AlBukhary 3,300
8.Yeoh Tiong Lay 2,600
9.Tiong Hiew King 1,500
10.Vincent Tan 1,200
 



 
 
No comments:
Post a Comment