Ni Bukti Umno Kedah Akan Terkubur!!



Desas-desus Mukhriz akan menjadi calon Utama MB Kedah telah bertiup kencang dan dari sumber dipercayai beliau telah mengatur strategi untuk bertanding di DUN Kuah. Banyak aktiviti dan program telah diatur dikawasan Dun Kuah semenjak akhir ini dan dibantu oleh Tun Mahathir. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bimbang isu calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional Kedah akan menimbulkan pepecahan di kalangan anggota parti.Sambil berharap persoalan siapa bakal calon Menteri Besar itu ditamatkan, beliau berkata sudah wujud suasana ketegangan yang tidak perlu akibat daripada timbulnya isu berkenaan beberapa hari lepas.

“Saya bimbang sekiranya isu berkenaan terus dimainkan ia akan menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti. Harus kita ingat UMNO dibina berdasarkan pasukan iaitu kesepaduan kesemua pemimpin, Kita bergerak sebagai satu pasukan, bukan secara individu,”.

“Maka apabila ada pihak tertentu cuba cetus persoalan calon Menteri Besar, ia boleh menyebabkan rantaian tindakan yang boleh menjejaskan kesepaduan parti terutama kita sudah hampir pada pilihan raya,” katanya.“Saya amat berharap isu itu ditamatkan. Ia tidak membantu parti malahan merosakkan imej parti, parti pembangkang akan berkata tengok BN, belum menang negeri sudah berebut dikalangan mereka untuk menjadi Menteri Besar,”.

“Saya ingin nyatakan biar kita menang dahulu, kemudian kita serahkan kepada Perdana Menteri untuk tentukan calon Menteri Besar dan siapa sahaja yang dipilih akan disokong semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Persiapan Pilihan Raya kepada Pengerusi Unit Pilihan Raya Parlimen Alor Setar di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, sekiranya BN menang kelak, semua calon daripada UMNO yang menang pada pillihan raya nanti layak menjadi Menteri Besar

TERLALU AWAL BERCAKAP SOAL CALON MB 
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata terlalu awal untuk berbincang siapa calon Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata cerita-cerita menyebut beliau adalah calon Menteri Besar Kedah juga berupa satu khabar angin semata-mata."Ia berupa spekulasi semata-mata dan juga terlalu awal. Soal pelantikan menteri besar hanya boleh ditentukan selepas pilihan raya," jelasnya.

Mukhriz berkata beliau bersedia bertanding di mana-mana kerusi.

"Saya tidak fikir ia sudah diputuskan sama ada saya bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)...dari segi persediaan, saya sudah umumkan bahawa saya tidak bermasalah dengan mana-mana keputusan."Sekiranya pucuk pimpinan BN berasa saya perlu kembali untuk bertanding kerusi DUN di Kedah, saya tidak bermasalah dengan itu. Sekiranya mereka kata saya perlu duduk di peringkat persekutuan, saya juga tidak bermasalah.

Media memetik seorang sumber dalaman parti sebagai berkata Mukhriz dipercayai merupakan calon terbaik untuk jawatan menteri besar kerana beliau popular di kalangan pengundi berusia bawah 50 tahun.Bagaimanapun, Mukhriz berkata, kajian terbaru menunjukkan faktor belia bukan menjadi kriteria utama untuk dipilih sebagai calon.Katanya, pengundi muda inginkan calon yang mempunyai kriteria mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah mereka sama ada di bandar atau kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, katanya pembangkang tidak boleh lagi memerintah kerajaan negeri Kedah dan mereka tidak menyelesaikan semua masalah malah menimbulkan lebih banyak masalah.

UMNO KEDAH UMNO RECYCLE- Pandangan Ahli Biasa UMNO

UMNO KEDAH MERUPAKAN PARTI UMNO YANG TIDAK MEMPUNYAI MUKA-MUKA BARU UNTUK DIKETENGAHKAN DALAM PRU 13. Ini kerana sudah menjadi budaya UMNO Kedah supaya pemimpin pelapis baru tidak mempunyai tempat di dalam UMNO Negeri.

Ini terbukti bila UMNO KEDAH dan UMNO Bahagian mencalunkan semua muka-muka "RECYCLE" yang sudah ditolak oleh rakyat pada PRU 12. Muka-muka recycle ini tidak tahu malu dan masih lagi ingin menjadi calun sedangkan PILIHANRAYA sekarang bukang seperti pilihanraya dulu. Kalau letak monyet, monyet akan menang asalkan guna logo BN.

Tetapi kini rakyat sudah celik dan bukan senang untuk menang sekadar guna logo BN. logo BN pula kini ibarat logo yang tidak disukai rakyat kerana dikaitkan dengan Barang Naik.

UMNO Kedah pula asyik suka sangat kepada pemimpin yang sudak ditolak rakyat namun masih lagi ingin berkuasa di negeri kedah. Almaklumlah itulah budaya UMNO ... UMNO untuk TUO-TUO saja. Budak dan remaja cari parti lain.

Bila ramai remaja mula menjadi Pemimpin di DUN dan Parlimen kerana sikap Parti Keadilan, DAP dan PAS membuktikan bahawa PAKATAN RAKYAT adalah parti yang lebih sesuai untuk remaja.

UMNO cuma adalah sebuah parti yang lebih suka bagi RM 50 sekali sekala untuk menjadi PENCACAI dan PELAWAK. Bayangkan setiausaha Politik Pemimpin Pakatan ramai yang berkelulusan Diploma dan Ijazah. Tetapi di dalam UMNO, lebih-lebih lagi UMNO Kedah, kebanyakkan mereka cuma kelulusan SRP, LCE dan SPM. ~kedahkini

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...