Video : Ni Dia Maharaja Lawak Terbaik

Ini dia maharajalawak bertaraf badut 1 malaysia. Lawak bukan!!!! Kerana tak dapat projek boleh maki hamun parti yang di tungganginya lebih 20 tahun.

Nak projek kena rasuah
Nak projek kena jamu makan
Nak projek kena bagi amoi siam




Dalam video atas, pengakuan Samuri Mohd Zin yang menyatakan beliau M48. Adakah Samuri ni seorang kakitangan kerajaan? Kalau di ikutkan gred M48 ni adalah bertaraf Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Macam mana seseorang kakitangan sesuatu jabatan kerajaan dapat projek pasir? Ini dah kes salah guna kuasa. Memang kita tahu, Pejabat Tanah Galian sesebuah negeri berhak meluluskan projek pasir, adakah beliau yang memohon dan beliau jugak yang meluluskan permohonan tersebut?

Video bawah ni pulak setelah beliau di brain wash oleh puak-puak atasan UMNO sehingga beliau terus u-turn dan kembali ke pangkuan parti asal. Lawak-lawak mengalahkan badut sarkis.
 

Walaupun wayang gambar yang dimainkan ini seperti rancangan Raja Lawak Mega, Tetapi yang menjadi persoalan apakah pekerjaan sebenar Samuri Mohd Zin ini. Adakah dia ni kakitangan kerajaan? Adakah dia seorang ahli perniagaan seperti pengakuan video yg kedua ni? Dia salahkan BN atas kegagalan bisnesnya. Dasar kerajaan dah tertulis pegawai kerajaan tidak di benarkan untuk membisnes. Jika diperhatikan apa yang didedahkan oleh Pakatan Rakyat selama ini ada benarnya. UMNO kini bukan untuk membela rakyat, tetapi sebenarnya lebih kepada perut dan temolok mereka sendiri. Pegawai Tadbir Diplomatik dia sapu projek korek pasir pun dia sapu jugak. Inilah budaya UMNO.

Pakatan Rakyat sila buat laporan ke SPRM di atas pengakuan Samuri Mohd Zin ni segera.

"SAYA SOKONG TUKAR KERAJAAN"

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...