Pemimpin UMNO Perlis Bergocoh lagi

MB PERLIS NAFI BELI PHD - berita hairan

Kangar: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, menolak dakwaan kononnya ijazah doktor falsafah (PhD) dimilikinya sejak 2002 dibeli.

Bagaimanapun Md Isa berkata, PhD dimilikinya dari Newport University, California, Amerika Syarikat pada 2002 itu tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) namun mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.

PhD diperolehi pada 2002
Katanya, beliau hairan mengapa selepas hampir 10 tahun memegang gelaran doktor falsafah, baru kini ia menjadi isu.

Beliau percaya kemungkinan isu itu dibangkitkan kerana statusnya sebagai Menteri Besar kini.

“Saya tidak beli PhD itu kerana berusaha mendapatkannya dengan mengikuti pengajian selama tiga tahun di Taman Maluri Kuala Lumpur, sebelum dianugerahkan gelaran doktor falsafah pada 22 Ogos 2002.

“Saya pun tidak faham mengapa selepas 10 tahun, ada pihak yang mempersoalkan status PhD saya sedangkan gelaran doktor falsafah itu digunakan sejak 2002.

“Mungkin sebab ada orang yang kurang senang dengan saya kerana memegang jawatan sebagai Menteri Besar,” katanya di sini, kelmarin.

Baru-baru ini, ada pihak membuat laporan polis menuntut siasatan dilakukan ke atas Md Isa mengenai PhD dimilikinya selepas mendakwa ijazah doktor falsafah berkenaan diperoleh dari sebuah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak mendapat akreditasi daripada MQA mahu pun Amerika Syarikat.

Md Isa berkata, Newport University yang dijenama semula sebagai Janus University tahun lalu mendapat pengiktirafan ISO 9001 pada 1994 dan ANSI/ASQC Q9001:1994 daripada Llyod's Register Quality Assurance Limited (LRQA).

“Saya mengaku PhD itu tidak mendapat akreditasi MQA namun ia bukan ijazah beli kerana saya bekerja keras untuk mendapatkannya,” katanya.

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...