Nauzubillah..Aku baca cerita nih terkejut aku.Sapa lah Artis nih yang begitu sesat lagi menyesatkan nih..Berita nih dilaporkan dalam harian metro hari nih....
KUALA LUMPUR: Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.
Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.
Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.
“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.
Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.
Sesat,sesat,sesat.Macam-macam kesesatan didunia akhir zaman nih.Mengenai individu yang mengaku rasul nih memang sejak dari zaman nabi muhammad dan para sahabat lagi lagi dimana musailamah al-kazzab juga mengaku dirinya sebagai nabi di Yamamah,. Pada zaman nabi juga ada nabi palsu bernama Al Aswad Al ‘Ansi di Yaman lalu dibunuh oleh para sahabat sebelum wafatnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. ..Kalau diikutkan sejak zaman dulu memang dah timbul isu mengaku nabi ni..contohnya individu dibawah...
Ini adalah nabi palsu dari india yang timbul masa zaman penjajahan british dahulu.Dia ni bernama mirza ghulam ahmad pengasas kumpulan Qadaniah...Tak silap aku kumpulan Qhadhaniah ni pun ada sikit-sikit penganutnya di malaysia nie..Tapi mungkin terlalu sedikit dan pergerakan kumpulan nie terbatas..Nak baca tentang kumpulan nie Sila klik sini
Kalau zaman sekarang nie banyak jugak yang mengaku sebagai nabi seperti paklong ajaran sesat nie yang mengaku terang-terang sebagai nabi dan dia nie jugak telah meletak jawatan sebagai nabi .kah,kah,kah..kepala hotak dia ada nabi letak jawatan...
Ini dia Rasul Kahar Gelarannya....Ok.aku sertakan video rasul sesat yang hisap rokok wingstone nie yang sudah letak jawatan...Dibawah nie aku tunjukkan kenyataan yang ditulis oleh kahar sesat nie....
Kebanyakan alim ulamak atau guru-guru agama atau mufti-mufti, pensyarah agama adalah seperti robot. Mereka hanya mengikut apa yang telah diprogramkan sahaja kepada mereka. Kerana mereka tidak ada daya berfikir. Programmer mereka adalah terdiri daripada ahli-ahli kitab. Apa-apa yang diperkatakan oleh mereka mengikut yang diprogramkan oleh ahli kitab kepada mereka. Mereka juga tidak tahu dan tidak boleh membeda di antara benar atau salah, buruk atau baik, untung atau rugi, daripada Tuhan ataupun daripada syaitan.
Mereka tidak ada pengetahuan yang di luar dari yang telah diprogramkan kepada mereka. Mereka juga tidak boleh membuat penyelidikan dan menganalisa atau menilai dan menimbang serta mengira tentang sesuatu hal atau perkara. Mereka hanya boleh berkata mengikut apa-apa yang diprogramkan kepada mereka. Kerana mereka adalah klon daripada ahli kitab.
Robot-robot tersebut adalah produk yang dikeluarkan daripada kilang 'Universiti Al Azhar', ataupun dari kilang Pakistan kerana labour cost di situ adalah rendah. Mereka ada dua brand yang berbeza. Robot-robot tersebut tidak diprogramkan untuk mentadbir negara atau membangunkan negara. Robot-robot tersebut dicipta khas untuk membuat kerosakan kepada tanaman-tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Maintenance robot-robot itu juga amat tinggi untuk dibiayai oleh pihak kerajaan.
Tetapi robot-robot itu sudah diupgradekan fungsinya. Ada yang telah pandai menggunakan komputer. Robot-robot tersebut tidak ada dibekalkan dengan jiwa dan hati. Sebab itu ia tidak dapat merasa dan faham.
Memori disk robot-robot tersebut juga adalah yang ketinggalan zaman yang perlu ditukar dengan memori disk yang baru dan yang up to-date.
Yang benar,
Abdul Kahar Bin Ahmad

Ok.yang ni juga adalah nabi palsu tapi dia ni nabi palsu dari Indonesia.Tv indonesia ada membuat slot wawancara bersamanya dahulu dan dia nie adalah pemimpin kumpulan ajaran sesat Al-Qiyadah.Ahli kumpulannya tak silap aku ramai jugak lebih kurang 50 ribu orang jugak di seluruh Indonesia...
Wawancara bersama nabi palsu Al-Qiyadah
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi Dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab (33)
1 comment:
Tapi ramai juga artis yg tak ngaku Rasul atau Nabi sebaliknya amalan,cara hidup,dan mcm2 lagi sgt bercanggah dgn ajaran Nabi...itupun satu kesatan juga yg ramai orang dah tak kisah malah bagi sokongan moral pulak.persen artis yg tingkah laku dan cara hidup mrk yg boleh jadi ikutan sikitlah sgt.yg ramai dan jadi idola masyarakat ialah yg sesat lagi menyesatkan anak2 muda kita...
Post a Comment