Inilah Manusia Paling Bacul!!


" Masihkah kita ingat tanggal 907? Dimana ribuan rakyat Malaysia 'bertekad' untuk turun ke jalan-jalan bagi menyatakan amarah mereka? Rakyat menuntut pilihanraya bersih dan adil. Ingatkah kita, pada hari tersebut juga PERKASA dan Presidennya bertekad untuk sama turun ke jalanraya. Tetapi agenda mereka berbeza. Kononnya mereka turun ingin mempertahankan keamaanan negara. Mungkin Ibrahim Ali tidak reti membezakan perhimpunan aman dan rusuhan.

 Rakyat tidak gentar dengan ugutan, lagi tekan lagi LAWAN!

907(BERSIH 2.0)


BERSIH 2.0 
   


           Tetapi rakyat tidak lupa bagaimana Ibrahim Ali beriya-iya bertekad mahu menghalang perhimpunan bersih. Rakyat juga tidak lupa bagaimana Ibrahim Ali memberi 'amaran' dan melantik dirinya sendiri sebagai general perang pada hari tersebut. Ugutan yang berbau perkauman oleh Ibrahim Ali juga membuatkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama.


          Tetapi pada 907, dimanakah Ibrahim Ali? Tepuk dada tanya selera.


     901 (BEBAS ANWAR)

BEBAS ANWAR 901
          Masihkah kita ingat, pada 901 tempoh hari, hari hukuman kepada Dato Seri Anwar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. PERKASA dan Presidennya juga beriya-iya kononnya bersedia berhadapan dengan peserta 901. PERKASA dengan angkuh dan bongkaknya mengatakan misi keamanan mereka akan bermula selepas subuh dan mereka akan berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan hingga ke Mahkamah. Mereka juga sanggup untuk bertembung dengan penyokong 901.


          Adakah mereka fikir apa yang mereka lakukan ini benar-benar jihad untuk negara? Dari bermulanya 901 hingga tamatnya 'majlis' 901, wajah 'bengis' ahli-ahli PERKASA dan Presidennya yang vokal tidak kelihatan. Adakah Ibrahim Ali cuba memperbodohkan ahlinya untuk turun? Sedangkan terbukti dirinya bacol dan penakut untuk berhadapan secara realitinya. PERKASA SEDIA TEMPUR**


          Kesimpulan


          Apa yang dapat dilihat, sudah terbukti. Secara tersirat Ibrahim Ali mengaku dirinya bacul dan penakut. Ini sudah terbukti. Adakah ahli PERKASA ingin memperbodohkan dirinya lagi dan diperkudakan Presiden mereka yang secara luar dan dalamnya penakut? Inikah yang dikatakan pendekar Melayu? Inikah NGO pertahankan Melayu? Atau NGO bertopengkan 'FASIS' untuk mempertahankan Ketuanan Elitis dan Kapitalis Melayu di dalam negara.


          Wahai Ibrahim Ali, kekuatan NGO kamu tidak sesekali dapat menangini kekuatan solidariti rakyat Malaysia."

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...