Anwar Menang..Sepul Bukhari Akan Ditangkap?

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi KL hari ini telah membebaskan Anwar. Ini bermakna Saiful Bukhari boleh di dakwa kesalahan menipu dan memfitnah. Saiful Bukhari boleh didakwa untuk kesalahan tersebut. Menurut hukum Islam si penuduh yang gagal membawa 4 orang saksi yang tidak fasik boleh dikenakan hukuman Qazaf sekiranya didapati bersalah. 




Jadi apa tunggu lagi, Saiful Bukhari mesti di bawa kemuka pengadilan untuk di dakwa kesalahannya pula. Beliau patut di pertanggungjawabkan ke atas segala tindakan yang beliau lakukan selama ini...

Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar
Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.  Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik. "Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful." Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.


Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira. Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan. “Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.  “Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.


Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya. Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.Anwar mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.


Pada perbicaraan sejak tahun 2008 itu Anwar diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Karpal Singh manakala peguam cara II negara Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwaan. Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
~malaysiakini

Addin

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...