"
Malam baru nie telah diadakan ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Senawang. Alhamdulillah, dikhabarkan ribuan yang hadir, banyak kereta di sepanjang jalan macam waktu solat Jumaat. Bagaimana pun saya tak dapat hadir kerana menjaga emak yang tidak berapa sihat. Alhamdulillah saya berkesempatan solat Subuh di Masjid Bandar Baru Senawang keesokan pagi.
Agak menyedihkan, solat Subuh jemaah pagi itu macam biasa, tidak sampai 2 saf pun. Seolah-olah ribuan yang hadir ke ceramah tidak terkesan dengan ceramah yang disampaikan.
Adakah yang hadir dalam ceramah semuanya pendengar atau jemaah yang diimport, bukan penduduk setempat ?
Di mana silapnya masih ramai penduduk setempat yang tidak hadir ke ceramah?
Ceramah hanyalah sebahagian dari pendekatan dakwah. Pelbagai pendekatan perlu dilakukan, seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw.
Ada orang yang dapat hidayah setelah meneliti Al Quran. Ada yang dapat hidayah hanya dengan satu potong ayat Al Quran. Ada pula yang dapat hidayah hanya dengan menziarahi dan merawat wanita tua yang sering mencemuh Nabi saw.
Hanya sekadar renungan dan peringatan untuk kita semua, khususnya untuk diri saya sendiri sekeluarga.
No comments:
Post a Comment