Jamil Khir Jumpa Blogger-Blogger Umno!!




Selain penjelasan berterusan melalui media arus perdana, para blogger UMNO telah diperuntukan sejumlah wang untuk menggunakan blog masing-masing bagi membantu Jamil Khir menjawab isu tersebut di alam siber.
Antara maklumat-maklumat yang diarahkan kepada blogger UMNO untuk menjawab ialah:-
Penulis difahamkan ada beberapa ketetapan lain juga telah diputuskan tapi oleh kerana maklumatnya tidak lengkap, penulis tidak yakin untuk menyiarkannya di laman ini.
Selain penulis juga perlu melindungi sumber yang mendedahkan perkara ini kepada penulis.
Ada diantara strategi yang disebutkan diatas sudah pun mula digunakan, seperti dalam contoh ‘asnaf fisabilillah’. Penulis difahamkan bahawa sebelum ini, kategori ‘asnaf’ tersebut tidak wujudi (atau dormant)tapi sengaja diadakan untuk melepaskan Jamil Khir dari sebarang tuduhan salah laku.
Mungkin PKR boleh mengesahkan maklumat mengenai kewujuduan asnaf ini melalui sumber dalaman yang membekalkan salinan ‘payment voucher’ tersebut, sebelum beliau dikenakan tindakan disiplin seperti yang disebutkan di atas.
Kelihatannya Jamil Khir dan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk menutup isu ini dengan segera. ‘Kesungguhan’ Jamil Khir itu menimbulkan banyak tanda tanya – apa yang sebenarnya cuba disembunyikan?
Penulis difahamkan yang Jamil Khir tertarik untuk menggunakan pendekatan sama yang oleh Shahrizat dan suaminya dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan blogger UMNO untuk mematahkan hujah Pakatan Rakyat.
Selain dari isu wang zakat, blogger UMNO juga diarahkan untuk membela Jamil Khir dalam soal pembinaan rumah mewahnya yang dibeli pada 1994 untuk dibandingkan dengan rumah Datuk Seri Anwar di Segambut Dalam. Pelbagai cerita bohong mengenai rumah Anwar, termasuk kolam renang dalam rumah, telah direka cipta untuk disebarkan.

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...