Dedah : Kelab UMNO Luar Negara Telah Belot Pada Najib

Malam Ni adalah malam terakhir bagi program kedah sejahtera anjuran PAS kawasan Pokok Sena yang mana penceramah undangan ialah YB Dato' Hj Mahfuz Omar dan YB Anwar Ibrahim. Jangkaan kehadiran mencecah belasan ribu walaupun tempat yang terhad. Memandangkan YB Anwar Ibrahim tidak dapat hadir kerana atas program yang lebih mustahak, tempat beliau telah dapat diganti oleh YB Amiruddin Hamzah (EXCO Kerajaan Negeri Kedah) dan juga Ustaz Idris Ahmad.

Apa yang diperolehi daripada pendedahan oleh YB Mahfuz mengenai sokongan padu yang telah diberikan oleh Pengerusi Kelab UMNO Manchester bersama-sama pegawai-pegawai kelab tersebut. Hasil lawatan YB Mahfuz bersama beberapa pemuda di London baru-baru ini telah berjumpa dengan Pengerusi Kelab UMNO disana. Mereka ini sebenarnya banyak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat secara senyap dan mengharapkan agar kerajaan pusat dapat bertukar tangan.


Siaran Langsung program Dan pendedahan tersebut boleh di layari Disini

Diharapkan seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum, berbilang bangsa, dan juga seluruh pertubuhan dan kelab dalam negara mahupun luar negara dapat bersama-sama menjatuhkan kerajaan pusat yang ada sekarang. Belot bukan untuk menjatuhkan negara tapi untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Durjana - Siasahkini

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...