Shahrizat Nak Perbodohkan Rakyat Kedah pulak.


YB Ust.Mohd.Firdaus Jaafar
Ahli Parlimen Jerai

Kenyataan Dato’ Seri Shahrizat Abd.Jalil ketika menghadiri Program Pemantapan Jentera Pilihanraya Wanita BN di Kuala Kedah baru-baru ini menyerlahkan lagi sikap UMNO/BN yang jelas masih menggunakan kaedah lama dikala rakyat kini dihidangkan dengan suasana ‘langit terbuka’ serta ‘celik’ informasi. Beliau jelas terkebelakang kerana rakyat negeri Kedah sekarang sedang menikmati hasil kekayaan negeri yang diurus tadbir secara berhemah serta amanah oleh Kerajaan Negeri Kedah dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin oleh Dato’ Seri Ust.Azizan Abd.Razak.

Banyak kelebihan yang dinikmati oleh rakyat negeri Kedah dibawah PR berbanding semasa zaman pemerintahan BN sebelum ini. Kerajaan PR Kedah telah mewujudkan skim-skim dan tabung-tabung bagi mengagihkan hasil bumi negeri supaya dapat dinikmati bersama oleh rakyat jelata.

Sebagai contoh Skim Kafalah RM500 kepada keluarga miskin yang kematian anggota keluarga tanpa mengira agama, bangsa, umur dan fahaman politik. Kerajaan PR Kedah telah memperuntukkan wang sejumlah RM3.6 juta untuk melaksanakan program Skim Kafalah Kedah bagi tahun 2010. Program ini mensasarkan golongan miskin yang berpendapatan perkapita RM180 ke bawah atau pendapatan seluruh isi rumah RM720 ke bawah.

Kerajaan PR juga telah mengarahkan agar gaji semua anggota EXCO kerajaan negeri Kedah dipotong 5 peratus untuk disumbangkan kepada Tabung Tunku Mahmud, sebuah tabung kebajikan yang diuruskan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat yang dilanda bencana alam. Semua ini tidak mampu dilakukan di zaman UMNO/BN memerintahkan Kedah sebelum ini. Ini kerana perancangan yang tersusun serta perbelanjaan yang berhemah yang ditunjukkan oleh Kerajaan PR Kedah sehinggakan mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara untuk tahun 2010.

Kalau diamati, memang jelas Shahrizat kerap ketinggalan dek kerana sibuk ‘menjaga lembu’ serta memikirkan bagaimana hendaklah ‘melaburkan’ RM250juta wang Nasional Feetlot Corporation (NFC). Sewaktu banjir melanda negeri Kedah suatu masa dahulu, beliau hanya ‘turun padang’ setelah 7 hari banjir berlaku dan bertindak seolah-olah hadir ketika malam banjir hari pertama sedangkan kasut beliau pun tak ‘basah’. Beliau juga mengambil masa yang lama untuk menjawab isu-isu berkaitan NFC yang terpalit di’tubuh’ beliau. Dan beliau hanya berani ‘menyelak’ dihadapan Perwakilan Wanita UMNO di Persidangan Wanita UMNO baru-baru ini sedangkan ‘membisu’ sebaik sahaja selesai ucapan beliau diperhimpunan tersebut ketika diasak dengan soalan berkaitan isu NFC oleh wartawan-wartawan yang ‘setia’ menunggu.

Bagi rakyat Kedah, sekiranya Shahrizat kurang pengetahuan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PR Kedah, tidak perlulah Dato’ Seri Ust.Azizan Abd.Razak yang memberikan penerangan kerana ‘standard’ Shahrizat hanya ditangan Ketua Cawangan PAS di Kedah sahaja.

Mami jarum ni ingat orang kedah bodoh macam lembu ternakan NFC dia ke?? Aku dengan sedaya upaya akan pastikan Mat Bashah jugak akan tersungkur dalam gelangang PRU13 ni nanti. InsyaALLAH - SK

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...