Wang Rakyat RM2.2 Ribu Juta Habuan Untuk Rampas Perak

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menafikan dakwaan bahawa dua syarikat yang dianugerahkan konsesi lebuh raya RM2.2 bilion dan dikaitkan dengan dirinya adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Hafarizam berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender. Namun pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira.

"Kami mempunyai rekod pencapaian yang baik (dalam projek landasan berkembar) dari Rawang ke Ipoh. (Dakwaan) habuan untuk Perak, saya fikir ini tuduhan keterlaluan.

"Ini langsung tidak mempunyai kaitan sama sekali. Kami menang atas merit! Kami adalah antara beberapa syarikat bumiputera yang dianugerahkan. Mengapa serang kami apabila ada yang lain ... Saya pasti awak juga tahu siapa yang lain yang juga dapat," katanya dalam teks pesanan ringkas kepada Malaysiakini. 


Persoalan :
Sebelum ni Suami seorang  Menteri UMNO dapat duit RM250 juta yang katanya duit tu nak guna untuk bela lembu. Bila bela lembu tu boleh lah income sikit nak sara keluarga, nak bela anak bini. Last-last bila p check kandang lembu haram tak bela pun, yang ada pun berapa ekor sangat, pendek kata tak cukup sasaran. RM250 juta dah dapat tapi lembunya mana??? selidik punya selidik rupanya RM250 juta p perabih beli kondominium mewah, beli mercedes, bawa p umrah. Hebat betul. Nak sembunyi supaya orang taktau pi beli lagi kondominium kat Singapore buat harta. tudia sakan!!!!
 
- Kali ni Peguam UMNO pulak yang sama-sama bersubahat dan bantu-membantu utk merampas Kerajaan Perak dapat duit RM2.2 Bilion (2.2 Ribu Juta).. Kena ingat bukan juta tapi RIBU JUTA untuk peguam mamak ni. Kononnya sebab merit dan layak. Tapi apa yang sebenar adalah sebagai balasan sebab tolong UMNO rampas balik kerajaan daripada Pakatan Rakyat dulu. "i help you,  you help me". Macam mana peguam boleh jadi kontraktor pulak ni?? Awat dah tak ada kontraktor ke kat malaysia ni? 


Macam mana Kerajaan UMNO tadbir duit rakyat ni? macam ni ke kerajaan UMNO urus tadbir harta negara macam duit mak bapak sendiri?


bak kata 'Badan' dan 'Nyawa'
"1 untuk kau 1 untuk aku"
"2 untuk kau 5 untuk aku"
"aparaa utk kau apara untuk aku"
"hotak kau untuk kau, hotak aku untuk aku"

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...