Bongkar : Urus Duit kerajaan macam duit mak bapak sendiri.

Salahguna Kuasa Tahap Kronik Di Hotel Putra Palace

1. Penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran semasa Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) berada pada tahap kronik dan paling serius.  Duit kerajaan diguna macam duit mak bapak sendiri.

2. Encik Kassim Zakaria, Pengurus Besar paling veteran di kalangan pengurus-pengurus di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dalam Malaysia, telah terlibat secara konsisten dalam kronisme dan nepotisme.

3. Ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan oleh kerana jawatan tersebut juga secara nyata diperolehi atas dasar ‘kawan-kawan’ (nepotisme & kronisme?).  Dia kawan Syed Lan dan Md Isa, mana boleh kacau.

4. Pada 1 Januari 2010, Hotel Putra Palace di Kangar telah diswastakan oleh PKENPs kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal berbayar RM 15,000 iaitu Prima Bumi Avenue Sdn. Bhd.

5. Sebelum penswastaan, Hotel Putra Palace diuruskan oleh anak syarikat PKENPs, Putra Palace Hotel Sdn Bhd, yang mempunyai modal berbayar RM5,000,000.

6. Prima Bumi adalah sebuah syarikat yang mempunyai sejarah kegagalan yang panjang dan tidak ada satu pun asas teknikal yang melayakkan syarikat ini mendapat keistimewaan dan peluang untuk menguruskan hotel tersebut.  Syarikat ini kroni Syed Lan, Exco Pelaburan dan ADUN Pauh.

7. Maka, sebagaimana diduga oleh banyak pihak, Prima Bumi Avenue telah gulung tikar dengan meninggalkan liabiliti sebanyak 1.8juta yang tidak mampu dijelaskan sehingga kini.  Apalah tuntutan yang dapat diharapkan daripada syarikat bernilai RM15,000 yang menguruskan sebuah organisasi yang bernilai RM5 juta?

Anak Menakan jadi Pengurus Hotel

8. Kegagalan Prima Bumi Avenue untuk menjelaskan pelbagai bentuk bayaran tertunggak termasuk sewa, gaji pekerja, KWSP, PERKESO, bil letrik, cukai Kastam, creditors, Astro dan lain-lain menyebabkan perjanjian mereka dengan PKENPs ditamatkan serta merta dan PKENPs mengambil-alih semula pengurusan hotel berkenaan.

9. Sebaik sahaja PKENPs mengambil-alih pengurusan Putra Palace, Pengurus Besar PKENPs telah melantik anak saudaranya, Azarishah bt. Ahmad, untuk menjadi Pengurus Hotel berkenaan.

10. Lantikan yang melibatkan tambahan gaji hampir 50% berbanding pengurus hotel sebelumnya  ini dibuat tanpa amalan biasa melalui panel temuduga yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SS), Pegawai Kewangan Negeri dan Pengurus Besar PKENPs.

11. Tidak sampai 3 bulan bekerja, akaun Hotel Putra Palace telah dirobek sebanyak RM14,731.60 untuk perbelanjaan perubatan berstatus VIP oleh pengurus hotel baru ini.



12. Persoalannya, apakah keistimewaan kakitangan anak syarikat PKENPs yang sedang rugi ini untuk mendapat pembiayaan penuh untuk rawatan di hospital swasta?  Kenapa bukan di hospital kerajaan? Dan kenapa tidak mengambil perlindungan insurans peribadi dengan biaya sendiri?

Taktik Mencuri Duit Kerajaan

13. Peruntukan dalam peraturan kewangan PKENPs membolehkan Pengurus Besar menandatangani cek bernilai dibawah RM10,000.

14. Setiap cek yang bernilai melebihi RM10,000 perlu ditandatangani bersama oleh Setiausaha Kerajaan atau Menteri Besar.

15. Bagi mengelakkan  daripada timbul pertikaian berkaitan kewajaran pembiayaan dan prosedur kewangan lainnya, Pengurus Besar PKENPs, encik Kassim Zakaria, telah menandatangani bayaran perubatan berjumlah RM14,731.60 tersebut dalam 2 cek berasingan; iaitu RM7,000 untuk cek bernombor 138899 dan RM7731.60 untuk cek bernombor 138900.





16. Kedua-dua cek tersebut dikeluarkan pada tarikh yang sama; iaitu pada 13 Disember 2011.

17. Dan, kedua-dua cek tersebut ditandatangani oleh anak menakan dan bapak menakan (anak saudara dan bapa saudara).

18. Dimana amanah, ketelusan dan ketegasan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Perlis?

19. Demikianlah permohonan saya kali ini untuk menyibukkan Pengarah dan kakitangan SPRM Perlis jika mereka tidak mahu makan gaji buta goyang kaki atas kerusi empuk dalam bilik air-cond.

Saya kemukakan permohonan ini khusus kepada insan-insan yang amanah dalam melaksanakan tugas dan kuasa untuk menyiasat yang dikurniakan Allah ta’ala kepada mereka  -- insan-insan yang lebih takutkan Allah ta’ala dari takutkan manusia.

Nota: artikel ini adalah susulan kepada artikel terdahulu di link berikut:
- Pendedahan Rasuah
- Pendedahan Rasuah siri 1

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...