Mahu Jadi Ketua..Tapi Malu Diejek 'Lembu'


Baru diejek lumbu sudah patah semangat dan susah nak buat kerja. Macam inikah manusia yang bakal menjadi Ketua Wanita Umno sekiranya Sharizat Jalil mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ketua Wanita Umno apabila Najib Razak mengumumkan tarikh pilihanraya yang ke 13.

"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.


Belajarlah sedikit daripada pemimpin-pemimpin. Walau teruk dipalit dengan imej yang busuk dan dituduh seperti kaki liwat,kaki zina dan bermacam-macam lagi, namum semua itu tidak memberi bekas kepada mereka untuk meneruskan survival dalam politik negara ini.


Semenjak Shahrizat Jalil mengumumkan perletakan jawatanya dalam kabinet. Disaat desakan pembangkang semakin berkurangan berhubung isu ini. Tapi sebaliknya yang berlaku dari pihak Umno sendiri, ahli dan pemimpinya menjadi lebih pembangkang dari pembangkang itu sendiri.


Wah wah wah.general-general perang dalam wanita Umno sudah bertelagah sesama sendiri. Masing nak tunjuk bahawa dirinya adalah calon
'winable candidate'..Ini memberi peluang yang lebih besar kepada pembangkang dalam PRU13 nanti..

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...