Kurang Ajar : Samseng UMNO Tendang Muka Saya - Nur Ruqayyah

Kejadian ini adalah atas arahan pemimpin-pemimpin UMNO, Ketua-ketua UMNO, Menteri-menteri UMNO lahanat dan UMNOBN harus bertanggungjawab dan dipersalahkan sekiranya perkara lebih buruk berlaku dimasa akan datang.

Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi.

Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

“Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar,” kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.

Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.

Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.

Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan ‘bimbang keselamatan mereka terancam’.

Khemah mahasiswa yang dirosakkan kumpulan samseng

Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.

“Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk,” katanya.

Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng.

“Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat,” katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor.

Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini

Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan.

Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ.



Jangan takut dan gentar wahai anak muda. Teruskan berada di situ sehingga menjelang BERSIH 3.0 tiba. Kami sekalian bloger akan bersama anda nanti.

2 comments:

Anonymous said...

maaf rakan2 seperjuangan di dataran... kami terkedu sebentar ketika mereka mnyerang... akan lebih berhati-hati selepas ini...

Anonymous said...

Tindakan bodoh UMNO akan menyemarakkan lagi penentangan golongan mahasiswa terhadap UMNO/BN. Jika ada mahasiswa terbunuh, bermakna berakhirlah penguasaan UMNO/BN dalam pemerintahan negara. Jadi berhati-hatilah UMNO/BN, suara Mahasiswa mampu memangkin keruntuhan sebuah kerajaan korup, sejarah telah membuktikannya.

MCA, Gerakan dan parti komponen BN yang lain, wajar memikirkan semula berbaloikan anda untuk kekal bersama-sama BN yang sudah pastinya akan menjadikan rakan-rakan sebagai alas kubur dalam pemerintahan negara.

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...