Hangpa Dok Lena Lagi..Mamat Ni Dah Kebas RM3b Dah Nuu!!!


Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah diminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales. 


Dah berapa banyak duit rakyat Datuk Seri kebas?? bagi makan anak bini duit tu jugak ke Datuk?? Tak cukup lagi ke gaji yang dok masuk akaun tiap-tiap bulan tu Tok? Kami yang tak bergaji ni Datuk tak terfikir ke?? Kami pun nak makan jugak, ada jugak anak bini nak kena bela. Mana Datuk mau sembunyi tok?? Bangkai gajah mana boleh tutup dengan selai kain pelikat Datuk, nanti bau kehong jugak.

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...