Najib Semakin Kurang Ajar. Panggil Peneroka Felda "Anak Haram" - Video

"Sejak zaman Mahathir ada beberapa Menteri yang di gambarkan bijak dan cerdik dalam mengulas sesuatu isu sehinggalah era Najib sekarang saki baki Menteri yang ada mahu pun Najib sendiri, kita boleh lihat betapa dangkal dan banggangnya apabila mengulas atau memberikan ucapan secara 'live'.Ini dapat di lihat apabila apabila media-media pencacai menyiarkan temubual tersebut.

Disebabkan tiadanya pemimpin atau Menteri UMNO mahupun BN bijak dan cerdik yang boleh berucap atau mengulas sesuatu dengak lojik dan bijak sesuatu isu maka tumpuan media pencacai diberikan kepada NGO sampah seperti TIBAI, JATI, PERKASA dan beberapa yang lain yang lebih bijak dan cerdik membuat fitnah serta memanipulasi sesuatu isu.



NGO sampah ini yang kita pasti di biayai oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir untuk mengimbangi kekuatan semasa beliau semasa pencen.




Selepas Najib menggelarkan 'Haram Jadah' kepada peneroka yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau ,seorang lagi Menteri Nor Mohamad Yaakob mengeluarkan kenyataan yang cukup bodoh dan tak masuk akal. Sila rujuk link di bawah.

Sebagai rakyat Malaysia harus malu kerana pemimpin dan Menteri Umno Dan BN kerana bukan sahaja ''perangai buruk''  malah ''public relation'' mereka sedang di analisa rakyat Malaysia malah seluruh dunia sedang mentertawakan Malaysia.  

Inilah saki-baki Pemimpin dan Menteri UMNO dan BN akal longkang dan mulut sampah sarap yang tinggal dalam UMNO yang Dr Mahathir maksudkan

Nor Mohamed: Malaysia kembali ke era 1511 jika Pakatan menang PRU-13



13 Mei 2012
TASEK GELUGOR - Negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda Bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, negara berkemungkinan kembali kepada zaman pemerintahan Francis Light dan Alfonso de Albuquerque jika pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan kerana mereka dilihat tidak mampu memperjuangkan agenda Bumiputera.

"Kita tahu bahawa agenda bumiputera satu perkara penting pada tahun sebelum tahun 1511. Selepas itu, selepas 446 tahun kita tak cakap mengenai agenda Bumiputera dan selepas merdeka baru kita kembali memperjuangkan agenda Bumiputera.

"Kita tak pasti sama ada parti yang memerintah (pakatan pembangkang) akan pegang kepada konsep agenda Bumiputera. Kalau mereka memerintah automatik kita akan balik ke zaman 1511," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Usahawan Gemilang anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara itu kini boleh dilihat di Pulau Pinang apabila masyarakat Melayu seakan-akan dipinggirkan dan agenda Bumiputera juga tidak diperjuangkan di negeri ini.


Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata hal sedemikian tidak akan berlaku jika BN kekal sebagai kerajaan memandangkan sejak negara memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memperjuangkan agenda bumiputera bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat itu.

Katanya, beliau yakin BN akan kekal berkuasa di Putrajaya dan negeri lain kerana sokongan dan keyakinan rakyat kepada parti itu semakin meningkat.


Beliau berkata, BN akan memastikan rakyat akan terus bersama menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjadikan negara sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. - Bernama

No comments:

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...