Jangan Biarkan Rosmah Terlepas Kali Ni!!

Kali Ni Rosmah Hang nak kelentong apa lagi?Manusia di malaysia ni dah feedup dengan perangai hang nie..Kali ni hang tak boleh nak beli penulis seperti  apa yang hang dengan laki hang buat sebelum nie..Kali nie rosmah hang memang kantoi menipu oi!!Hang kata hang jadi mangsa tapi hang kena ingat yang jadi mangsa sebenarnya adalah rakyat bawahan macam kami nie..Apa lagi hang nak kelentong bila baca kenyataan nie??


 Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya

Ok...Apa yang perlu hang buat sekarang bagi membuktikan yang hang tak menipu adalah hang saman jer penulis niee..Ada berani????Bukan berita ni tersebar di malaysia sahaja,tetapi berita rosmah menghabiskan duit dengan berbelanja besar di sydney juga didedahkan oleh portal dari singapura dan brunei.....Kat bawah ni berita yang dikeluarkan oleh portal utama Brunei
Di bawah tajuk, "Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal berita nombor satu Brunei nie turut menyiarkan laporan yang mendedahkan betapa jijiknya perangai isteri boros seorang Perdana Menteri yang sering menyuruh rakyatnya berjimat cermat.


Sudah-sudahla menipu rakyat..Puak umno yang bodoh-bodoh hang bolehla main tipu-tipu..Tapi dengan kami yang memang dah tau tabiat buruk hang ni bertambah benci...Cakap menjaja sana sini agar rakyat berjimat cermat dan wasatiah laa..Tapi diri tu masyallah??wasatiah dan berjimat ka???Aku tak persoal mengenai duit tu mai dari mana sebab hang boleh kelentong kami yang tu duit hang menabong dari kecik..
Kahkahkah

Tapi aku persoal mana dengan kempen jimat hang???Hancur rosmah,,,,hancur la hang ni..

1 comment:

Anonymous said...

Apa ngkorang ni.. Kalau kena kat anwar, marah habis kata dia jadi mangsa fitnah, konspirasi, mamat yg brsumpah tu pn dikatakan pembohong. Tp bab rosmah nie, setakat kata2 mulut mat salleh tu jer hangpa dh ambik bulat2 percaya..bukti yg jelas pn tk tunjuk lagi. Free2 ja hangpa bg pahala kt rosmah. Sayang la sikit amal kebajikan yg hangpa dh buat tue. Kalau hangpa nk maki aku silakanla, aku pn nk jgk pahala free. Jd, muhasabah lah diri tue..

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...