Harga Proton Di Malaysia Lebih Mahal Dari Arab Saudi.Ni Dia Jawapan Mostapa Muhammad..


Harga Kereta Arab Saudi Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!

Kami merasakan kalangan pembaca di sini, sudah biasa melihat keratan akhbar di atas yang menunjukkan realiti harga kereta Proton di Arab Saudi.

Ramai yang mempertikainya, kenapa harga kereta Proton yang diangkat sebagai kereta Nasional lebih mahal berbanding di negara sendiri.  Tidak kurang juga ada yang menyokong strategi sebegini rupa. Walauapapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ada jawapan untuk anda semua.

Setakat ini, Proton melalui jawapan menteri di Dewan Rakyat, telah menerima RM494 juta dalam bentuk geran R&D yang mana Proton boleh menggunakan geran R & D tersebut untuk tujuan R & D daripada tempoh tahun 2006 sehinggalah tahun 2010. Itu yang pertamanya.

Dan kalau sebelum ini kalangan daripada anda sudah pun membincangkan harga kereta Nasional Proton yang boleh dijual pada harga bebas cukai kepada warga asing melalui program MM2H melalui laporan berita bertajuk, Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Maknanya di situ sudah menunjukkan harga kereta Proton boleh sebenarnya dijual pada harga yang lebih rendah seperti yang ditawarkan sekarang ini kepada rakyat Malaysia.
Persoalan yang kedua yang sering bermain di pemikiran rakyat Malaysia, mengapa harga kereta proton terdapat perbezaan harga jualan di antara pasaran tempatan dengan harga kereta Proton yang dijual di negara Teluk ataupun di UK, Thailand dan lain-lain. Dan berdasarkan jawapan menteri di Dewan Rakyat pun, beliau sedar dengan persoalan dan situasi sebegini rupa.
Harga Kereta Arab Saudi1 Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Dan….semakan kami terhadap Kadar Tukaran Matawang Asing ini menunjukkan :
Harga kereta Proton Mahal Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Datuk Seri Mustafa Muhamad sendiri mengatakan di Dewan Rakyat yang harga jualan kereta Proton di luar negara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya :
  • duti import
  • cukai dalaman
  • kos pengangkutan
  • insurans
  • kadar faedah pinjaman dan sebagainya
  • dan…strategi pemasaran
Jadi itu sebablah kata menteri harga kereta Proton berbeza-beza daripada satu negara dan satu negara yang lain. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor duti dan faktor-faktor kos dalaman pengangkutan berkenaan. Begitulah lebih kurang jawapan menteri. Anda boleh semak sendiri soalan yang dikeutarakan di Dewan Rakyat berkaitan isu perbezaan harga jualan kereta Proton di Malaysia dan di Arab Saudi
Jawapan di Dewan Rakyat : Beza Harga Kereta Proton di Malaysia VS Arab Saudi?
Harga Kereta Proton Arab saudi Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Harga Kereta Proton Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Hansard di Dewan Rakyat

3 comments:

opisboi said...

inilah akibatnya bila menteri yg dilantik lebih bodoh pada lembu jadi jawapannya pon lebih bodoh dari jawapan lembu

Anonymous said...

Menteri ni tak tahu nak jawab... Bangang punya menteri... nak tipu rakyat Malaysia lah tu.

Tak tau lah kalau rakyat 1 Malaysia..

Anonymous said...

yang di export atau di beli dibawah nama syarikat biasanya tip top, kalau nama persendirian macam saya, hantar keta untuk dibaiki dalam waranti pun takut tengok lambakkan masaalah kereta orang lain di pusat service, Sampai bila bila pun kereta proton di sini lebih mahal dari diluar negara selagi kereta kereta import mahal tak masuk akal dari negara pembuat...

Kandungan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...