Andai apa yang dilaporkan olih Malaysiakini dan printscreen tweet Crown Prince Of Johor sepertimana di bawah adalah benar, maka Kerajaan Rakyat membuat kesimpulan sesungguhnya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seorang yang amat biadap dan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat!
Marah mana sekalipun, selaku seorang kerabat diraja dan bakal Sultan yang mana gaji, alaun dan segala kemudahannya dirajanya dibiayai melalui cukai rakyat, Tunku Ismail tidak mempunyai hak multak untuk menyamakan rakyat seperti anjing! Kalau benar perkataan tersebut dilafaskan / ditulis olih bakal Sultan, Kerajaan Rakyat berasa amat sedih kerana ia mencemarkan maruah Institusi Kesultanan Melayu Johor itu sendiri.
Tunku Ismail tidak seharusnya terus menuduh semua titipan Uncleseekers dalam blognya sebagai “karut”. Tunku Ismail sewajarnya menunjukkan sifat mulia dengan mengulas dan memberi penjelasan terhadap kesemua dakwaan yang dibuat olihUncleseekers
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata: "Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih,"
Untuk pengetahuan Tunku Ismail, ini bukan soal menjatuhkan, tetapi pokok persoalannya ialah rakyat inginkan penjelasan, jadi, sila berikan penjelasan dan jangan terlalu angkuh dengan mengeluarkan perkataan "anjing" terhadap rakyat!
1 comment:
takde yg menjadi contoh setakat ni kecuali sultan kelantan
Post a Comment